Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Israel bincang alih strategi kepada sasar Hamas dan lindungi orang awam

Dec 15, 2023 | 04:43 PM



KAHIRAH/GAZA/BAITULMAKDIS: Seorang utusan keselamatan Amerika Syarikat telah berbincang dengan Israel tentang mengalihkan strateginya ke arah operasi terhadap Hamas daripada kempen ketenteraan yang meluas di Gaza.


Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dalam nada yang sama, berkata Israel perlu melindungi nyawa orang awam dalam serangan yang sepatutnya lebih disasarkan kepada anggota Hamas.

Menjelang malam 14 Disember, kereta kebal dan pesawat Israel meningkatkan pengeboman ke atas kawasan kejiranan utara Gaza Shejaia, Zeitoun dan Daraj serta Khan Younis di selatan wilayah itu, kata penduduk.

Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Khan Younis pada awal 15 Disember, kata pegawai kesihatan Palestin.

Israel telah menggempur sepanjang 40 kilometer di Gaza tanpa tanda-tanda gencatan senjata kemanusiaan mungkin dilaksanakan bagi membolehkan penghantaran bekalan asas yang lebih diperlukan untuk orang awam untuk meneruskan kehidupan di sebalik rumah-rumah mereka yang musnah.

Israel melancarkan kempen ketenteraannya yang berterusan di Gaza sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh lebih 1,200 warga Israel dan menjadikan lebih 240 orang sebagai tebusan.

Tentera Israel bertindak balas dengan mengepung Gaza dan memutuskan bekalan keperluan dalam serangan yang telah menyebabkan lebih 18,000 penduduk Palestin terkorban manakala ratusan lagi tertimbus dalam puing-puing bangunan runtuh.

Penasihat keselamatan negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, dilaporkan telah membincangkan langkah mengalihkan serangan Israel ke atas Gaza kepada operasi berintensiti rendah yang memberi tumpuan kepada sasaran bernilai tinggi semasa lawatannya ke Israel pada 14 Disember.

“Terdapat perbincangan dalam mesyuarat ini dan juga dalam mesyuarat kami sebelum ini, dan dalam panggilan antara Presiden Biden dan Perdana Menteri (Israel) Benjamin Netanyahu mengenai peralihan penekanan daripada operasi pembersihan meluas yang sedang berjalan sekarang, kepada sasaran bernilai tinggi, serbuan berdasarkan perisikan,’’ kata pegawai itu, yang enggan namanya disebutkan.

Pegawai itu selanjutnya berkata bahawa Encik Sullivan dan Encik Netanyahu telah berbincang secara terperinci mengenai usaha untuk mengeluarkan tebusan yang masih ada dari Gaza, dan terdapat persetujuan luas bahawa masa depan Gaza harus dipimpin oleh Palestin.

“Tidak pernah ada jangkaan bahawa akan ada operasi pembersihan yang akan berlangsung selama-lamanya,” kata pegawai itu lagi.

Encik Sullivan memberi penekanan yang besar terhadap keperluan untuk melindungi orang awam, dan pegawai pertahanan Israel memberikan taklimat terperinci tentang “usaha luar biasa yang mereka lakukan untuk cuba memisahkan penduduk awam daripada Hamas,” kata pegawai itu.

Israel mendakwa Hamas menggunakan orang awam dan bangunan awam termasuk hospital sebagai perisai, satu dakwaan yang dinafikan bulat-bulat oleh kumpulan itu.

Washington telah mendesak Israel selama berminggu-minggu supaya melakukan lebih banyak untuk melindungi orang awam dalam populasi 2.3 juta penduduk Gaza.

Presiden Biden telah dipetik sebagai berkata bahawa beliau mahu melihat Israel mengurangkan serangannya ke atas Jaluran Gaza menjelang akhir tahun.

“Saya mahu mereka memberi tumpuan kepada cara menyelamatkan nyawa orang awam, bukan berhenti mengejar Hamas tetapi lebih berhati-hati,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >