Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Israel alami kekalahan paling teruk sejak Okt

Dec 14, 2023 | 04:12 PM



KAHIRAH/GAZA/BAITULMAKDIS: Israel mengumumkan kekalahan terburuk dalam pertempuran lebih dari sebulan selepas serangan di Gaza.


Ia turut berdepan dengan pengasingan diplomatik yang semakin meningkat apabila kematian orang awam bertambah serta bencana kemanusiaan kian memburuk.

Pertempuran sengit berlaku di utara dan selatan Gaza, sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden menyatakan bahawa pengeboman “secara sewenang-wenangnya” oleh Israel terhadap penduduk awam menyebabkan sokongan antarabangsa merosot.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa tenteranya akan terus bertempur meskipun ada tekanan antarabangsa untuk gencatan senjata.

“Kami akan terus berjuang sampai akhir, sampai menang, sampai Hamas dimusnahkan,” katanya kepada tentera di Gaza melalui radio.

“Saya mengatakan ini tatkala berhadapan dengan penuh kesakitan serta dalam menghadapi tekanan antarabangsa. Tidak ada yang akan dapat menghentikan kami.”

Tentera Israel berkata 115 askarnya terbunuh setakat ini dalam perang di Jaluran Gaza, termasuk 10 hari sebelumnya, iaitu angka yang besar dalam satu pertempuran.

Israel melaporkan 10 askar mereka terbunuh dalam 24 jam pada 12 Disember.

Ini termasuk seorang kolonel yang memimpin sebuah pangkalan hadapan dan seorang leftenan-kolonel yang memimpin sebuah rejimen.

Ini merupakan kehilangan terburuk dalam satu hari sejak 15 askar terbunuh pada 31 Oktober.

“Lebih banyak pasukan briged, dibantu oleh unit penyelamat terdiri daripada 669 tentera udara, menyerbu bangunan itu untuk menyelamatkan mereka,” kata jurucakap kepada ketua Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Encik Daniel Hagari.

Kebanyakan kematian berlaku di daerah Shejaia di utara Bandar Gaza, di mana tentera Israel diserang semasa cuba menyelamatkan kumpulan askar lain yang menyerang Hamas di sebuah bangunan.

Seorang pegawai tentera Israel menyatakan bahawa Israel telah membayar “harga yang sangat berat” dalam kejadian itu.

Seorang lagi pegawai tentera berkata bahawa Shejaia, daerah di Bandar Gaza, adalah kubu kuat Hamas dan rumah kepada kompleks bangunan yang mengandungi simpanan senjata.

Hamas menyatakan episod itu menunjukkan bahawa pasukan Israel tidak akan pernah dapat menakluk Gaza.

Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, Ketua Hamas, Encik Ismail Haniyeh, menyatakan sebarang susunan masa depan di Gaza tanpa Hamas adalah satu “khayalan”.

“Semakin lama tentera Israel di bumi Gaza, semakin bertambah jumlah kematian dan kehilangan nyawa, dan ia akan berakhir dengan rantaian kekecewaan serta kerugian,’‘ katanya.

Israel mendapat simpati di peringkat sejagat ketika melancarkan kempen untuk memusnahkan kumpulan Hamas yang menguasai Gaza.

Ini setelah Hamas menyeberangi pagar sempadan pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 Israel, kebanyakannya warga awam, dan menawan 240 tebusan.

Namun sejak itu, Israel telah mengepung Gaza dan memusnahkan sebahagian besarnya.

Kementerian Kesihatan Gaza pada 13 Disember menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 18,608 orang telah terbunuh dan 50,594 orang cedera dalam serangan-serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober.

Ramai lagi yang dikhuatiri hilang dalam timbunan runtuhan atau berada di luar jangkauan ambulans untuk memberi bantuan.

Israel turut mengakui bahawa tenteranya menggunakan pelbagai cara yang boleh memusnahkan terowong bawah tanah yang didakwa digunakan Hamas.

Encik Hagari dalam pada itu tidak menafikan bahawa mereka menggunakan air laut untuk melemaskan hidupan di dalam terowong, termasuk pelarian yang berlindung.

Encik Hagari berkata mereka menggunakan pelbagai cara kreatif untuk merosakkan terowong itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >