Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel teruskan rancangan perang walau tanpa sokongan antarabangsa

Dec 14, 2023 | 02:21 PM



TEL AVIV: Israel menyatakan tekadnya untuk meneruskan perang di Gaza “dengan atau tanpa sokongan antarabangsa”, setelah menghadapi tekanan meningkat bahkan daripada penyokong utamanya, Amerika Syarikat.


Pegawai Israel pada 13 Disember menjelaskan bahawa mereka tidak akan terhalang oleh kecaman yang semakin meningkat daripada masyarakat antarabangsa.

Ia dinyatakan sehari selepas Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata Israel kehilangan sokongan antarabangsa – dalam komen kritikan pertamanya mengenai tindakan Israel dalam perang menentang Hamas.

Dalam sidang berita di Tel Aviv pada malam 13 Disember, Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, mengulangi pendirian Israel yang sering dinyatakan bahawa pasukan mereka akan meneruskan serangan ke atas Gaza sehingga matlamat mereka untuk membongkar Hamas dan membawa pulang baki tebusan dicapai.

“Tiada siapa yang boleh memberitahu kami apa yang harus kami lakukan,” katanya.

Pada 12 Disember, Encik Biden berkata dalam pengumpulan dana di Washington, bahawa Israel mendapat sokongan dari Eropah dan sebahagian besar dunia, serta dari Amerika, tetapi menambah bahawa mereka mula kehilangan sokongan tersebut kerana pengeboman sewenang-wenangnya di Gaza.

Bercakap dalam sidang media sekembali daripada pengebumian seorang askar Israel yang terbunuh di Gaza, Encik Gallant berkata, perang dengan Hamas menuntut harga yang tinggi dari Israel.

Beliau berkata pertempuran telah mewujudkan syarat bagi pemulangan beberapa tebusan, dan berikrar bahawa peperangan akan berterusan.

“Agar Israel terus wujud, adalah menjadi kewajipan kami untuk terus mara dengan cara yang sukar dan betul,” kata Encik Gallant.

Ditanya tentang kenyataan Encik Biden termasuk kritikan terhadap pemerintah Israel sekarang, yang menolak penyelesaian dua negara, Encik Gallant berkata: “Saya tidak terlibat dalam urusan politik.”

Namun, Encik Gallant dilihat enggan menyinggung pegawai Amerika.

Beliau melahirkan “penghargaan besar” terhadap pegawai Amerika dengan mengatakan Encik Biden dan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd J. Austin Jr., telah pergi “lebih jauh” dalam usahanya untuk membantu Israel, termasuk menawarkan bantuan diplomatik, bantuan ketenteraan dan meningkatkan kekuatan ketenteraan Amerika di rantau tersebut.

“Dan perbincangan terus berlangsung,” kata Encik Gallant.

“Saya fikir kami akan mencari cara supaya orang Amerika membantu kami.”

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dalam perbincangan dengan askar Israel yang dipaparkan di media sosial pada 13 Disember, tidak teragak-agak berkata: “Kami akan terus hingga akhir,” katanya.

“Ini bukan soalan lagi.”

Encik Netanyahu mengatakan walaupun Israel kehilangan askar – negara itu telah melaporkan 444 kematian tentera sejak 7 Oktober dan menghadapi tekanan antarabangsa – Israel akan tetap terus berjuang.

“Tiada apa yang akan dapat menghentikan kami,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >