Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel dakwa rampas kawalan lebih luas di utara Gaza

Nov 15, 2023 | 05:37 PM



KHAN YOUNIS (Gaza): Tentera Israel mendakwa telah merampas kawalan lebih luas di utara Gaza, termasuk Bandar Gaza, dengan menawan bangunan badan perundangan wilayah itu dan ibu pejabat polis setelah menewaskan kumpulan militan Hamas.


Di dalam beberapa bangunan yang ditawan, tentera mengangkat bendera Israel dan bendera tentera bagi meraikan kemenangan mereka.

Rampasan kawalan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Encik Yoav Gallant, dalam satu sidang media selepas membuat penilaian terhadap perang itu dan mendakwa Israel memperoleh kemenangan besar di Bandar Gaza.

“Hamas tidak mempunyai kekuatan untuk menghentikan IDF (Pasukan Pertahanan Israel). IDF menuju ke semua lokasi. Hamas sudah hilang kawalan ke atas Gaza. Mereka (penduduk Gaza) juga sudah tidak percaya pada Hamas,” katanya kepada media.

Encik Gallant juga mengatakan bahawa pengepungan dan serangan terhadap Hospital al-Shifa dilakukan kerana ia merupakan tempat kumpulan pejuang Hamas berlindung.

Ditanya mengenai jangka masa perang, Encik Gallant berkata: “Kita bercakap mengenai bulan yang panjang, bukan satu atau dua hari.”

Sementara itu, media tempatan memetik seorang komander Israel di Gaza, yang hanya dikenali sebagai Leftenan Kolonel Gilad, sebagai berkata tenteranya berhampiran Hospital al-Shifa telah merampas bangunan pemerintah, sekolah, bangunan kediaman dan kawasan yang menempatkan ibu pejabat perisikan tentera Hamas.

Bangunan-bangunan itu adalah simbol yang kuat, tetapi nilai strategiknya tidak jelas.

IDF juga mendakwa antara pegawai kanan Hamas yang dibunuh ialah Komander Kumpulan Peluru Berpandu Antikereta Kebal dalam Briged Khan Younis, Encik Yakub Ashur.

IDF juga mendakwa veteran dan bekas Ketua Perisikan Hamas, Emcik Hamis Dababash; Ketua Operasi Khas Hamas di Beit Lahia, Encik Tahsin Maslam; Pegawai Risikan Hamas di kejiranan Zeitoun dan Ketua Maklumat Briged Rafah, Encik Munir Harb, turut dibunuh dalam serangan berasingan.

Di sebalik kejayaan tentera Israel menawan bangunan berkenaan, militan Hamas dipercayai masih bersembunyi di kubu bawah tanah.

Bagaimanapun, militan Hamas menafikan dakwaan itu malah berkata hospital kini menjadi sasaran utama tentera Israel untuk melakukan jenayah pembunuhan orang awam berskala besar.

Menurut Hamas, dianggarkan 5,000 hingga 7,000 orang awam terperangkap di kawasan hospital apabila serangan diteruskan di perkarangan kawasan berkenaan.

Jurucakap IDF, Encik Daniel Hagari, mendakwa menemui bukti menunjukkan tebusan ditahan di Hospital Rantisi di Bandar Gaza ketika serbuan dilakukan di kemudahan kesihatan berkenaan.

Selain itu, katanya, IDF turut membunuh sekumpulan lelaki yang melepaskan tembakan ke arah askarnya dari sebuah lagi hospital di Bandar Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >