Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan Israel ke atas kem pelarian Gaza boleh dikira jenayah perang: PBB

Nov 02, 2023 | 10:09 AM



GENEVA: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza boleh dianggap sebagai jenayah perang.

“Ini berikutan jumlah besar kematian orang awam dan tahap kemusnahan selepas serangan udara Israel ke kem pelarian terbesar di Gaza, Jabalia.

“Kami secara serius berpandangan bahawa ini adalah serangan yang tidak sewajarnya dan boleh dianggap sebagai jenayah perang,” ujar pejabat itu dalam satu hantaran di media sosial pada Rabu.

Kenyataan yang dikeluarkan PBB itu menyusuli pengesahan yang dibuat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan udara yang dilancarkan di kem berkenaan pada Selasa.

Ia juga mendakwa pesawatnya hanya “menyerang kompleks pengawal dan kawalan Hamas di Jabalya”’, sambil mengesahkan “pejuang Hamas dilenyapkan dalam serangan itu”.

Pejabat media Hamas melaporkan 195 penduduk Palestin maut dalam serangan pada Selasa dan Rabu di kem Jabalia, selain 120 masih hilang di bawah timbunan runtuhan dan sekurang-kurangnya 777 mangsa cedera.

Pasukan pegawai perubatan Palestin yang gali kawasan runtuhan bagi mencari penduduk terselamat memaklumkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh manakala 150 cedera dalam serangan itu.

Israel tanpa henti menyerang Gaza sebagai balasan atas serangan terburuk dalam sejarah negara itu ke atas nya oleh Hamas.

Anggota bersenjata Hamas menyerbu merentasi sempadan dari Gaza pada 7 Oktober, membunuh 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, dan menjadikan lebih 230 tebusan, menurut pegawai Israel.

Kempen pengeboman balas Israel telah membunuh 8,796 orang, terutamanya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas.

Prinsip perkadaran yang dirujuk oleh PBB memainkan peranan penting dalam undang-undang peperangan yang ditakrifkan oleh Konvensyen Geneva.

Orang awam dan struktur awam mesti diselamatkan – tetapi kematian orang awam semasa konflik tidak semestinya merupakan jenayah perang.

Pihak yang berperang boleh melancarkan serangan yang dianggap berkadar ke atas sasaran tentera walaupun mengetahui bahawa orang awam juga boleh terkena.

Jenayah dilakukan apabila serangan sengaja dilakukan terhadap orang awam, atau jika skala kerosakan kepada orang awam adalah berlebihan berbanding dengan kelebihan ketenteraan.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa ialah satu-satunya pihak berkuasa undang-undang antarabangsa bebas yang menjalankan siasatan ke atas pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, tetapi Israel bukan anggota mahkamah itu.

Imej AFPTV daripada serangan Rabu ke atas kem itu menunjukkan kerosakan yang meluas dan penyelamat mengalihkan runtuhan untuk mengeluarkan mangsa yang berlumuran darah.


Jumlah kematian yang besar akibat serangan itu telah mendapat kecaman antarabangsa, dengan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai protes.

Jordan memanggil semula dutanya ke Israel “untuk mengutuk perang Israel yang membunuh orang yang tidak bersalah di Gaza”.

Ketua PBB, Encik Antonio Guterres, “terkejut dengan keganasan yang semakin meningkat di Gaza, termasuk pembunuhan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan udara Israel di kawasan kediaman kem pelarian Jabalia yang padat dengan penduduk”, kata jurucakapnya, Cik Stephane Dujarric, pada Rabu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >