Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel serang kem pelarian, dakwa bunuh komander Hamas

Internet, telefon lumpuh ‘sepenuhnya’ di Gaza, kejadian kedua dalam seminggu
Nov 01, 2023 | 05:26 PM



GAZA: Tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas kem pelarian terbesar di Jabilia, Gaza yang padat dengan penduduk, membunuh sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin dan seorang komander Hamas.


Keadaan penuh cemas itu menyebabkan kakitangan perubatan bertungkus lumus merawat mangsa yang cedera dan melakukan pembedahan di koridor hospital.

Tentera Israel berkata 11 askarnya turut terbunuh dalam pertempuran di Gaza pada Selasa.

Radio Tentera Israel berkata kebanyakan yang terbunuh adalah askar infantri yang mana kenderaan mereka terkena peluru berpandu antiperisai Hamas.

Negara-negara Arab mengutuk serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza itu. Arab Saudi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap kem Jabalia.

Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kenyataannya turut mengutuk serangan berkenaan dan menekankan “keperluan gencatan senjata segera untuk mengelakkan pertumpahan darah”. Qatar menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak menghentikan pembunuhan dan kemusnahan.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan serangan udara di Jabalia, telah membunuh Encik Ibrahim Biari, seorang komander Hamas yang dikatakan memainkan peranan penting dalam perancangan dan pelaksanaan serangan kumpulan itu.

Berpuluh-puluh militan Hamas yang berada di kompleks terowong bawah tanah bersama Encik Ibrahim turut terbunuh apabila ia runtuh dalam serangan itu, kata jurucakap IDF, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus.

Jurucakap Hamas, Encik Hazem Qassem, menafikan tiada komander kanan berada di kem itu, dan menyifatkan dakwaan itu sebagai alasan Israel untuk membunuh orang awam.

Pegawai kesihatan Palestin berkata selain 50 mangsa yang terbunuh, serangan itu turut mencederakan 150 orang.

Hamas dalam kenyataannya berkata seramai 400 orang terkorban dan cedera di Jabalia, yang menempatkan keluarga pelarian peperangan dengan Israel sejak 1948.

Letupan itu menyebabkan kawah besar dikelilingi oleh bangunan yang rosak teruk. Israel berulang kali memberi amaran kepada penduduk Gaza untuk mengosongkan kawasan di utara Gaza itu dan berpindah ke selatan.

Kereta kebal Israel telah aktif di Gaza sekurang-kurangnya empat hari berikutan pengeboman udara berminggu-minggu sebagai balasan atas serangan pejuang Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh 1,400 orang dan lebih 200 diculik sebagai tebusan.

Israel berkata ia mahu memusnahkan kumpulan militan itu. Tindakan balas tentera Israel telah membunuh lebih 8,000 orang di Gaza.

Dalam pada itu, penjana kuasa di kompleks Perubatan al Shifa dan Hospital Indonesia di Gaza akan berhenti dalam beberapa jam akibat kekurangan bahan api.

Jurucakap kementerian kesihatan di Gaza, Encik Ashraf Al-Qidra, berkata lewat Selasa bahawa pihaknya menyeru pemilik stesen minyak supaya membekalkan bahan api kepada kedua-dua hospital tersebut untuk membolehkan mereka meneruskan operasi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai bantuan lain berkata penduduk Palestin yang terkepung kini berdepan dengan bencana kesihatan awam, dengan hospital bergelut untuk merawat mangsa apabila bekalan elektrik terputus.

Rangkaian Internet dan telefon di seluruh Gaza gagal digunakan pada Rabu, kata agensi telekomunikasi Palestin, dalam kejadian kedua di wilayah yang dikepung itu dalam masa kurang seminggu.

“Kepada rakyat yang baik di negara tercinta, kami dengan berat hati mengumumkan perkhidmatan Internet dan komunikasi lumpuh sepenuhnya di Gaza,” kata Syarikat Telekomunikasi Palestin (Paltel) di aplikasi X.

Namun, pihak berkuasa kesihatan Mesir menyatakan mereka siap untuk membantu merawat mangsa yang cedera parah dengan membawa mereka ke hospital menerusi lintasan Rafah mulai Rabu.

Dalam pada itu, Hamas memberitahu pengantara bahawa ia akan membebaskan beberapa tawanan asing dalam beberapa hari akan datang, kata jurucakapnya tanpa memberi butiran lanjut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >