Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel dakwa rundingan temu jalan buntu kerana tuntutan Hamas

Mar 27, 2024 | 01:01 PM



DOHA: Israel telah memanggil balik perundingnya dari Doha selepas menganggap rundingan gencatan senjata Gaza menemui “jalan buntu” kerana tuntutan Hamas, kata seorang pegawai kanan Israel pada 26 Mac.


Pegawai yang rapat dengan ketua agensi perisikan Israel, Mossad, yang mengetuai rundingan itu, menuduh pemimpin Hamas di Gaza, Encik Yahya Sinwar, telah mensabotaj diplomasi itu “sebagai sebahagian usaha yang lebih luas untuk menyemarakkan perang pada Ramadan ini”.

Pihak bertelagah telah meningkatkan rundingan – dengan Qatar dan Mesir sebagai perantara – mengenai penggantungan serangan Israel selama enam minggu, sebagai balasan kepada pembebasan 40 daripada 130 baki tebusan yang masih ditahan Hamas di Gaza.

Hamas telah berusaha untuk menyelesaikan sebarang perjanjian untuk menamatkan pertempuran dan pengunduran tentera Israel.

Namun Israel telah menolaknya dengan menyatakan ia akan meneruskan usaha untuk memusnahkan tadbir urus dan keupayaan ketenteraan Hamas.

Hamas juga mahu ratusan ribu rakyat Palestin yang melarikan diri dari Bandar Gaza dan kawasan sekitarnya ke arah selatan semasa peringkat pertama perang hampir enam bulan lalu, dibenarkan pulang ke utara.

Pegawai Israel itu berkata pihaknya telah bersetuju untuk menggandakan jumlah rakyat Palestin yang akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk tebusan kepada 700 hingga 800 banduan dan membenarkan “beberapa orang Palestin” yang kehilangan tempat tinggal kembali ke utara Gaza.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata pada 26 Mac bahawa Hamas telah membuat tuntutan “khayalan” – petanda Hamas tidak berminat untuk mencapai perjanjian.

Di Tel Aviv, kira-kira 300 ahli keluarga tebusan dan penyokong mereka berkumpul di luar ibu pejabat pertahanan Israel menuntut perjanjian dilakukan untuk membebaskan tebusan.

Ada yang mengurung diri di dalam sangkar sebagai bantahan, memegang sepanduk dengan gambar orang tersayang.


“Tiada harga yang terlalu tinggi,” kata salah satu sepanduk itu.


Hamas telah menuduh Israel menangguhkan rundingan semasa ia melakukan serangan ketenteraannya.

Kebuntuan itu berlaku sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan ketetapan menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza.

Israel berkata ia menarik balik delegasi peringkat tinggi yang sepatutnya melakukan perjalanan ke Washington sebagai tindak balas kepada sikap berkecuali Amerika dalam undian yang dijalankan oleh majlis keselamatan itu.

Perbincangan di Doha diteruskan ketika rakyat Palestin di Gaza menghadapi kekurangan makanan, ubat dan penjagaan hospital yang teruk, di samping kebimbangan kebuluran melanda. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >