Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza selepas AS berkecuali

Resolusi turut tekankan ‘keperluan mendesak luaskan aliran bantuan kemanusiaan, kukuhkan perlindungan orang awam di Gaza’
Mar 26, 2024 | 03:58 PM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25 Mac menuntut gencatan senjata segera dilaksanakan antara Israel dengan Hamas dan pembebasan serta-merta dan tanpa syarat semua tebusan Israel selepas Amerika Syarikat berkecuali daripada pengundian yang dijalankan.


Baki 14 ahli majlis mengundi resolusi itu, yang dicadangkan oleh 10 anggota yang dipilih.

“Rakyat Palestin telah banyak menderita. Pertumpahan darah ini telah berterusan terlalu lama. Adalah menjadi kewajipan kami untuk menamatkan pertumpahan darah ini, sebelum terlambat,” kata Duta Besar Algeria ke PBB, Encik Amar Bendjama, memberitahu majlis selepas pengundian.

Radio tentera Israel melaporkan sejurus sebelum mesyuarat majlis bermula bahawa Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, akan membatalkan delegasi yang dirancang ke Washington jika Amerika tidak memveto resolusi itu.

Washington telah menolak perkataan gencatan senjata lebih awal dalam perang hampir enam bulan di Jaluran Gaza dan telah menggunakan kuasa vetonya untuk melindungi Israel ketika ia bertindak balas terhadap Hamas yang menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.

Tetapi di tengah-tengah tekanan global yang semakin meningkat untuk gencatan senjata dalam perang yang telah mengorbankan lebih 32,000 rakyat Palestin, Amerika berkecuali daripada pengundian untuk membenarkan Majlis Keselamatan menuntut gencatan senjata segera pada Ramadan, yang berakhir sekitar dua minggu lagi.

Resolusi itu juga menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan Israel.

“Sokongan Amerika Syarikat untuk objektif ini bukan sekadar retorik. Kami bekerja sepanjang masa untuk menjadikan mereka nyata di lapangan melalui diplomasi kerana kami tahu bahawa hanya melalui diplomasi kami boleh memajukan agenda ini,” kata Duta Besar Amerika ke PBB, Cik Linda Thomas-Greenfield.

“Gencatan senjata boleh dimulakan serta-merta dengan pembebasan tebusan pertama dan oleh itu kita mesti memberi tekanan kepada Hamas untuk berbuat demikian,” katanya.

Cik Thomas-Greenfield berkata Amerika berkecuali daripada pengundian kerana ia tidak bersetuju dengan segala-galanya dalam resolusi itu dan teks itu tidak termasuk kutukan terhadap Hamas.

Resolusi Majlis Keselamatan juga “menekankan keperluan mendesak untuk meluaskan aliran bantuan kemanusiaan dan mengukuhkan perlindungan orang awam di Gaza dan mengulangi tuntutannya untuk menghapuskan semua halangan penyaluran bantuan kemanusiaan secara berskala”.

Amerika telah memveto tiga draf resolusi Majlis Keselamatan mengenai perang di Gaza. Ia juga sebelum ini berkecuali dua kali, membenarkan majlis itu menerima pakai resolusi meningkatkan bantuan kepada Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >