Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel dakwa wartawan dibunuh di Gaza anggota pengganas

Jan 11, 2024 | 02:29 PM



BAITULMAKDIS: Tentera Israel mendakwa dua wartawan syarikat media, Al Jazeera yang dibunuh dalam serangan udara di Gaza adalah anggota kumpulan pengganas.


Encik Hamza Wael Dahdouh dan Encik Mustafa Thuria, yang juga bekerja sebagai penyunting video agensi berita AFP dan pertubuhan berita lain, terbunuh pada 7 Januari ketika dalam tugasan untuk saluran yang berpangkalan di Qatar di bandar Rafah.


Tentera Israel berkata bahawa “perisikannya telah mengesahkan bahawa kedua-dua si mati adalah anggota pertubuhan pengganas berpangkalan di Gaza yang terlibat secara aktif dalam serangan terhadap Pasukan Pertahanan Israel (IDF)“.

“Sebelum serangan itu, dua dron yang dikendalikan, menimbulkan ancaman yang akan berlaku kepada tentera IDF,” kata tentera.

Tiada sebarang reaksi segera diperoleh daripada saluran televisyen dan keluarga kedua-dua lelaki itu.

Ketika ditanya oleh AFP mengenai jenis dron yang digunakan oleh kedua-dua lelaki itu dan sifat ancaman dron itu terhadap tentera Israel, tentera berkata ia “sedang menelitinya”.


Ia berkata Encik Thuria dikenal pasti dalam dokumen yang ditemui tentera di Gaza sebagai anggota Briged Bandar Gaza Hamas, manakala Encik Dahdouh dikenal pasti sebagai “pengganas” dengan kumpulan Jihad Islam.

Kenyataan tentera menyertakan salinan dokumen yang dikatakan sebagai senarai “operatif dari unit kejuruteraan elektronik Jihad Islam, termasuk Encik Dahdouh dan nombor tenteranya”.

Menurut saksi, Encik Dahdouh dan Encik Thuria terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil oleh dua roket di jalan raya di Rafah.

Wartawan ketiga dan pemandu kereta itu cedera dalam serangan tersebut.

Ketika kejadian, beliau dan Encik Dahdouh telah ditugaskan untuk membuat penggambaran selepas serangan di sebuah rumah di Rafah, kata seorang wartawan AFP.


Ekoran serangan itu, Al Jazeera berkata ia “mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menyasarkan kereta wartawan Palestin. Tindakan itu melanggar prinsip kebebasan akhbar”.


Ayah Encik Hamza, Encik Wael al-Dahdouh ialah ketua biro Al Jazeera di Gaza, dan baru-baru ini cedera dalam satu serangan.


Isteri dan dua anaknya terbunuh dalam pengeboman Israel pada minggu-minggu awal perang. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >