Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel dilapor pam air laut ke dalam terowong Hamas

Dec 13, 2023 | 12:47 PM



WASHINGTON: Tentera Israel dilaporkan telah mula mengepam air laut ke dalam rangkaian terowong yang didakwa digunakan oleh kumpulan Palestin, Hamas, di Gaza, menurut laporan yang diterbitkan pada 12 Disember.


Wall Street Journal, memetik pegawai Amerika Syarikat yang diberi taklimat mengenai operasi ketenteraan Israel, berkata langkah membanjiri terowong dengan air dari Laut Mediterranean adalah sebahagian daripada strategi lebih luas tentera Israel untuk memusnahkan terowong itu.


Usaha itu dilaporkan masih dalam peringkat awal.

Sistem terowong panjang sejauh 300 batu atau 482.8 kilometer dan pintu tebal kalis letupannya sedang dinilai oleh Israel, menurut pegawai Amerika itu.

Proses mengepam air laut yang dijangka berlangsung beberapa minggu, bermula serentak dengan pemasangan dua lagi pam sebagai tambahan kepada lima pam yang dipasang pada bulan sebelumnya.

Ujian awal telah dijalankan bulan lalu, kata pegawai itu lagi.

Langkah itu, yang pertama kali diumumkan oleh akhbar itu awal bulan ini, telah mendapat kritikan, dengan ada yang menyatakan bahawa ia akan mewujudkan malapetaka alam sekitar dan memburukkan lagi keadaan air tawar di Gaza.

Beberapa pegawai dari pentadbiran Presiden Encik Joe Biden telah menyuarakan kebimbangan dan berkata menggunakan air laut mungkin tidak berkesan dan boleh membahayakan bekalan air tawar di Gaza, menurut laporan itu.

Israel percaya sistem bawah tanah telah menjadi kunci kepada operasi Hamas di medan perang.

Israel telah mengebom Jaluran Gaza dari udara dan darat, mengenakan kepungan dan melancarkan serangan darat sebagai tindakan balas terhadap serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober yang membunuh lebih 1,200 orang dan menahan lebih 240 orang sebagai tebusan.

Israel bertekad memusnahkan kumpulan itu yang dianggap telah mengancam keselamatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >