Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel gempur kem pelarian, terus ceroboh Rafah

Jun 21, 2024 | 2:01 PM
Gaza
Para pekerja penyelamat menjalankan kerja-kerja mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat dibom tentera Israel di kem pelarian Al-Nuseirat, di selatan Gaza, pada 18 Jun. - Foto EPA-EFE

KAHIRAH: Beberapa serangan udara Israel di tengah dan utara Jaluran Gaza sehingga 20 Jun telah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Penduduk pula mendakwa kereta-kereta kebal Israel memperdalam pencerobohan mereka ke Rafah di selatan Gaza.

Pesawat Israel menyerang sebuah rumah di kem Al-Nuseirat, membunuh dua orang dan mencederakan 12 yang lain, manakala kereta kebal membedil kawasan di kem Al-Maghazi dan Al-Bureij, mencederakan ramai lagi, kata pegawai kesihatan.

Nuseirat, Maghazi dan Bureij adalah tiga daripada lapan kem pelarian rakyat Palestin di Gaza.

Di Deir al-Balah, sebuah bandar yang sesak dengan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza, serangan udara Israel membunuh seorang rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain pada 20 Jun.

Pada hari yang sama, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kejiranan Zeitoun di Bandar Gaza telah membunuh tujuh rakyat Palestin, kata pegawai perubatan.

Tiada komen segera daripada tentera Israel.

Satu lagi serangan udara ke atas sebuah rumah di barat bandar itu membunuh seorang wartawan televisyen Al-Aqsa kendalian Hamas, lapor media Hamas

Pejabat media pemerintah Gaza yang dikendalikan Hamas berkata serangan Israel telah membunuh 152 wartawan sejak meletusnya perang ekoran serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober.

Israel berkata tenteranya meneruskan operasi dengan tujuan memusnahkan Hamas dan prasarana ketenteraannya dalam apa yang disifatkannya sebagai sasaran “tepat, berasaskan perisikan”.

Lebih lapan bulan selepas meletusnya perang di Gaza, serangan Israel kini tertumpu di dua kawasan terakhir yang belum diserang tenteranya: Rafah di pinggir selatan Gaza dan kawasan sekitar Deir al-Balah di tengah Gaza.

Di Rafah, berhampiran sempadan Mesir, kereta-kereta kebal Israel yang ditempatkan jauh di kawasan barat dan tengah bandar itu, meningkatkan pengeboman, memaksa lebih ramai keluarga melarikan diri ke utara.

“Kereta kebal itu menguasai kebanyakan kawasan di Rafah.

“Orang ramai yang tinggal di tepi pantai juga mula bertolak ke arah Khan Younis dan kawasan tengah dalam ketakutan disebabkan pengeboman berterusan,” kata Encik Abu Wasim, seorang penduduk dari kejiranan Al-Shaboura Rafah.

Rafah menempatkan lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza tetapi serangan tentera Israel menyebabkan kurang daripada 100,000 penduduk kini masih tinggal di kawasan itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg