Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel, Hamas mahu gencatan senjata dilanjutkan

Nov 27, 2023 | 04:58 PM



GAZA: Perjanjian antara Israel dengan Hamas memasuki 24 jam terakhir pada Isnin dengan kumpulan militan itu berkata ia bersedia melanjutkan gencatan senjata sementara selepas ia membebaskan lebih ramai tebusan.


Gencatan senjata yang bermula pada Jumaat telah menyaksikan berpuluh-puluh tebusan Israel di Gaza dan lebih 100 tahanan Palestin dibebaskan oleh Israel sebagai balasan.

Tumpuan kini beralih kepada sama ada gencatan senjata akan dilanjutkan sebelum dijadualkan berakhir pada awal pagi Selasa.

“Itulah matlamat saya, itulah matlamat kami, untuk mengekalkan gencatan senjata ini melangkaui Isnin supaya kami dapat terus melihat lebih ramai tebusan keluar dan melonjakkan lebih banyak bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza,” kata Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden pada Ahad.

“Saya dapat rasa bahawa semua pemain di rantau ini sedang mencari jalan untuk menamatkan ini supaya semua tebusan dibebaskan dan... Hamas sama sekali tidak lagi mengawal Gaza,” tegasnya.

Di Tel Aviv, Kabinet Perang Israel pada Ahad membincangkan mengenai kemungkinan gencatan senjata yang dipersetujui dengan Hamas dilanjutkan, kata sumber Israel kepada CNN.

Menurut sumber tersebut, syarat-syarat untuk memanjangkan gencatan senjata itu masih kekal dengan apa yang dipersetujui dalam rundingan asal.

Hamas telah menyatakan kesediaannya untuk melanjutkan gencatan senjata, dengan sumber memberitahu AFP bahawa kumpulan itu memberitahu pihak pengantara bahawa mereka terbuka untuk memanjangkannya “dua hingga empat hari”.

“Pihak penentang percaya adalah mungkin untuk memastikan pembebasan 20 hingga 40 tahanan Israel” pada masa itu” kata sumber yang rapat dengan pergerakan itu.

Di bawah gencatan senjata itu, 50 tebusan yang ditahan oleh militan akan dibebaskan selama empat hari sebagai pertukaran untuk 150 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel. Gencatan boleh dilanjutkan sehari bagi setiap 10 tebusan dibebaskan.

Satu faktor yang berpotensi merumitkan keadaan adalah hakikat bahawa beberapa tebusan dipercayai ditahan oleh kumpulan militan selain Hamas.

Israel menghadapi tekanan besar daripada keluarga tebusan, serta sekutu, untuk melanjutkan gencatan senjata bagi mendapatkan lebih banyak pembebasan.

“Adalah baik, membantu dan perlu” untuk melanjutkan gencatan senjata sehingga semua tebusan, termasuk warga Perancis, dibebaskan, kata Menteri Luar Perancis, Cik Catherine Colonna kepada BFMTV pada Ahad.

Kumpulan ketiga tebusan yang dibebaskan pada Ahad termasuk seorang budak perempuan warga Amerika berusia empat tahun bernama Abigail yang kedua ibu bapanya dibunuh dalam serangan Hamas. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >