Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel ikrar tawan sempadan Gaza, perang jangka tamat berbulan lagi

Dec 31, 2023 | 12:19 PM



CAIRO/GAZA/JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu berikrar untuk mengambil semula kawalan sempadan Jaluran Gaza dengan Mesir, memperluaskan misi Israel untuk menangani Hamas dalam konflik yang dijangka berlangsung selama berbulan-bulan.


“Perang sudah mencapai kemuncaknya,” kata Encik Netanyahu kepada wartawan pada 30 Disember mengenai pertempuran sejak 7 Oktober apabila kumpulan militan Palestin, Hamas dan sekutunya menyusup masuk ke Israel, membunuh 1,200 orang dan menangkap 240 tebusan.

Beliau berkata zon penampan Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Gaza dengan Mesir mesti berada di tangan Israel dan ditutup.

Beliau tidak menjelaskan secara terperinci, tetapi langkah sedemikian oleh Israel bermakna perubahan de facto daripada pengundurannya dari Gaza pada 2005, meletakkan enklaf itu di bawah kawalan eksklusif Israel selepas bertahun-tahun dikendalikan oleh Hamas.

Komen Encik Netanyahu mengenai zon penampan itu muncul ketika pasukan tentera Israel meneruskan serangan yang ditegaskan perdana menteri akan bertahan “untuk beberapa bulan lagi.”

Berikutan pencerobohan mengejut Hamas pada Oktober, Israel melancarkan serangan besar-besaran di Gaza, menyebabkan hampir semua 2.3 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal dan membunuh sekurang-kurangnya 21,672 warga Palestin, menurut penguasa kesihatan di Gaza, dengan lebih 56,000 cedera dan ribuan lagi dikhuatiri mati di bawah runtuhan akibat serangan itu.

Penduduk dan pakar perubatan berkata pertempuran pada 30 Disember tertumpu di al-Bureij, Nuseirat, Maghazi dan Khan Younis di tengah dan selatan Gaza.

Media Hamas melaporkan pada 30 Disember bahawa Encik Abdel-Fattah Maali, seorang anggota kanan sayap bersenjata kumpulan itu, terbunuh dalam serangan Israel di Gaza.

Ia berkata Encik Maali, yang berasal dari Tebing Barat, dibebaskan semasa pertukaran tahanan 2011 dan diusir ke Gaza.

Laporan itu tidak menyatakan bila beliau dibunuh.

Israel berkata seramai 172 daripada anggota tenteranya telah dibunuh dalam pertempuran Gaza.

Konflik itu telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia mungkin akan merebak ke seluruh rantau itu, sekaligus berpotensi melibatkan kumpulan yang disokong Iran di Lebanon, Iraq, Syria dan Yaman yang telah berbalas tembakan dengan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat, atau menyasarkan perkapalan pedagang.

Israel menyatakan telah mencapai kemajuan dalam memusnahkan infrastruktur Hamas, termasuk kompleks terowong di ruang bawah tanah salah satu rumah pemimpin Hamas untuk Gaza, Encik Yahya Sinwar, di Kota Gaza. 


Tentera turut menyerbu ibu pejabat perisikan tentera Hamas dan pusat arahan Jihad Islam di Khan Younis, dan memusnahkan sasaran termasuk faundri senjata, menurut satu kenyataan tentera.


Hamas dan Jihad Islam – kedua-duanya berikrar untuk memusnahkan Israel – mengeluarkan kenyataan mengatakan anggota mereka memusnahkan dan merosakkan beberapa kereta kebal dan pengangkut tentera Israel dalam serangan di seluruh Gaza pada 30 Disember. Mereka juga berkata mereka menembak mortar terhadap tentera Israel di Khan Younis dan Al-Bureij serta di utara Gaza.


Washington telah memberi tekanan terhadap Israel, yang setakat ini tidak berjaya, untuk mengurangkan perang dengan bergerak ke operasi yang disasarkan terhadap pemimpin Hamas, dan menamatkan apa yang disifatkan oleh Presiden Amerika, Encik Joe Biden sebagai “tembakan sembarangan”. Israel telah berikrar untuk memusnahkan Hamas, dan berkata kumpulan militan itu meletakkan orang awam dalam bahaya dengan menggunakan mereka sebagai perisai manusia manakala Hamas menafikannya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >