Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel jamin guna bekalan senjata AS ikut lunas antarabangsa

Mar 21, 2024 | 12:37 PM



BAITUKMAKDIS: Israel telah memberi jaminan bertulis kepada pentadbiran Presiden Joe Biden bahawa ia akan menggunakan senjata yang dibekalkan Amerika Ssyarikat mengikut undang-undang antarabangsa.

Jaminan itu diberikan lebih lima bulan selepas pengeboman Israel ke atas Gaza yang telah membunuh sekitar 32,000 rakyat Palestin, sambil mendakwa pihaknya menyasarkan anggota kumpulan Hamas.

Encik Assal Rad, pengarah penyelidikan di Majlis Kebangsaan Iran Amerika, menyatakan bahawa Israel juga telah membunuh sekurang-kurangnya 95 wartawan di Gaza, menyerang kemudahan penjagaan kesihatan, dan menyebabkan orang awam kelaparan dengan menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan sambil menyeru Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai.

Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, menandatangani surat itu yang dihantar kepada pentadbiran Presiden Biden beberapa minggu selepas Rumah Putih mengeluarkan memorandum keselamatan negara.

Memorandum itu menyebut bahawa Setiausaha Negara Antony Blinken mesti “mendapatkan jaminan bertulis yang boleh dipercayai” daripada mana-mana negara yang menerima bekalan senjata Amerika bahawa negara itu “akan menggunakan senjata pertahanan sedemikian mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

Memorandum itu juga berkata negara yang menerima senjata Amerika mesti “memudahkan dan tidak sewenang-wenangnya menafikan penghantaran bantuan kemanusiaanoleh Amerika dan pihak antarabangsa.

“Ini adalah karut,” kata Encik Rohan Talbot, pengarah advokasi dan kempen untuk Bantuan Perubatan Palestin, mengenai surat Encik Gallant pada 15 Mac itu.

“Ketika tidak henti-henti menyerang sasaran awam di Gaza, Israel telah membenarkan hanya sebahagian kecil daripada bantuan kemanusiaan yang diperlukan ke dalam wilayah itu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu menegaskan Israel akan meneruskan serangan ke atas Jaluran Gaza.

Penegasan beliau itu dimaklumkan kepada senator Republikan Amerika pada 20 Mac.

“Dia akan melakukan apa yang dia katakan. Dia akan menyelesaikannya,” kata Senator Jim Risch.

Encik Netanyahu bercakap dengan anggota Republikan melalui pautan video, hampir seminggu selepas pemimpin majoriti Demokrat Senat, Encik Chuck Schumer, dengan keras mengkritik Encik Netanyahu sebagai penghalang kepada keamanan dan menggesa pilihan raya baru diadakan di Israel. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >