Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel kecam Beijing sertakan Hamas dalam pemerintahan Gaza selepas perang

Fatah, Hamas tandatangani perjanjian Beijing, sepakat perintah Gaza lepas perang berakhir; deklarasi ‘tamatkan perpecahan’
Jul 24, 2024 | 11:49 AM
(Dari kiri) Langkah Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat organisasi Palestin dan parti politik Fatah, Encik Mahmoud al-Aloul; Menteri Luar China, Encik Wang Yi, dan pegawai kanan pergerakan Hamas, Encik Moussa Abu Marzouk, menandatangani perjanjian untuk membentuk “pemerintah perdamaian nasional” di Gaza selepas perang, dibidas oleh Israel.
(Dari kiri) Langkah Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat organisasi Palestin dan parti politik Fatah, Encik Mahmoud al-Aloul; Menteri Luar China, Encik Wang Yi, dan pegawai kanan pergerakan Hamas, Encik Moussa Abu Marzouk, menandatangani perjanjian untuk membentuk “pemerintah perdamaian nasional” di Gaza selepas perang, dibidas oleh Israel. - Foto REUTERS

JALURAN GAZA: Israel dengan pantas mengecam perjanjian yang diuruskan oleh China pada 23 Julai.

Menurut Beijing, ia akan membawa Hamas membentuk “pemerintah perdamaian nasional” di Gaza selepas perang.

Namun, Menteri Luar Israel, Encik Israel Katz, menegaskan bahawa “pemerintahan Hamas akan dihancurkan” dan menuduh presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, yang menyaksikan Fatah menandatangani perjanjian itu, menyokong kumpulan dalam serangan 7 Oktober yang mencetuskan perang.

Sebarang penglibatan kumpulan itu dalam tadbir urus Gaza selepas perang disifatkan seperti mengutuk Amerika Syarikat dan juga Israel.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berada di Washington untuk berucap dalam sesi bersama Kongres dan telah berikrar meneruskan perang Gaza sehingga Hamas dimusnahkan.

Perbalahan diplomatik berlaku ketika Israel menyerang Gaza, termasuk bandar selatan Khan Younis, yang menyebabkan pemindahan penduduk ke tempat lebih selamat.

Hamas menandatangani perjanjian di Beijing pada 23 Julai dengan pertubuhan Palestin, termasuk pesaing mereka Fatah, untuk bekerjasama bagi ‘perpaduan nasional’ dan China menyifatkan ia sebagai kesepakatan untuk memerintah Gaza secara bersama selepas perang berakhir.

Menteri Luar China, Encik Wang Yi, menjadi tuan rumah kepada pegawai kanan Hamas, Encik Moussa Abu Marzouk, wakil Fatah, Encik Mahmud al-Aloul dan wakil daripada 12 puak Palestin yang lain.

Hamas dan Fatah pernah berperang singkat dalam 2007 dan berakhir dengan Hamas menguasai Gaza.

Fatah terus mendominasi Penguasa Palestin (PA) yang mempunyai kawalan pentadbiran terhad ke atas kawasan bandar Tebing Barat yang diduduki Israel.

Teks perjanjian yang diuruskan China itu menggariskan rancangan “pemerintah perpaduan nasional sementara dengan persetujuan puak Palestin” yang akan “melaksanakan dan mempunyai kuasa ke atas semua wilayah Palestin” – Jaluran Gaza serta Tebing Barat, termasuk Baitulmakdis timur yang dikuasai Israel.

China, yang pada 2023 menjadi perantara perjanjian memulihkan hubungan antara Iran dengan Arab Saudi, memuji perjanjian itu sebagai komitmen untuk “perdamaian”.

Encik Katz juga menolak sebarang peranan Penguasa Palestin di Gaza, dengan berkata “Abbas hanya akan memerhati Gaza dari jauh”.

Kumpulan itu menandatangani perjanjian menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan Palestin, memetik laporan agensi berita di China.

Ia langkah terbaru untuk memulihkan usaha membentuk kerajaan antara Tebing Barat dengan Semenanjung Gaza.

Di medan perang, jet pejuang Israel mengebom Khan Younis, termasuk kawasan yang telah diisytiharkan sebagai sebahagian daripada zon selamat kemanusiaan, beberapa jam selepas mengarahkan penduduk berpindah.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata 73 orang terbunuh dan lebih 200 cedera di kawasan itu, manakala beribu-ribu melarikan diri.

Tentera Israel berkata jet pejuang dan kereta kebalnya “menyerang dan menghapuskan pengganas di kawasan itu”.

Pada 23 Julai, Israel berkata jetnya menggempur “lebih 50 kawasan prasarana keganasan” sebagai sebahagian daripada operasi di Khan Younis. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg