Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel lulus rundingan baru gencatan senjata di Gaza

Pertempuran berterusan dengan puluhan orang terbunuh termasuk 12 individu yang disyaki sekeluarga
Mar 30, 2024 | 02:37 PM



GAZA: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, meluluskan pusingan baru rundingan gencatan senjata di Gaza, sehari selepas mahkamah tertinggi dunia mengarahkan Israel agar memastikan bantuan sampai kepada penduduk Palestin yang kebuluran.


Walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diusulkan awal minggu ini menuntut ‘gencatan senjata segera’, pertempuran berterusan di Gaza pada 29 Mac, termasuk di sekitar beberapa hospital yang masih berfungsi.

Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikuasai Hamas berkata puluhan orang terbunuh dalam serangan semalaman itu.

Antaranya ialah 12 orang yang disyaki sekeluarga terbunuh di rumah mereka di bandar selatan Rafah, yang dibom berulang kali menjelang operasi darat yang diancam Israel.

Pasukan penyelamat bertungkus lumus hanya dengan menggunakan cahaya telefon bimbit untuk membebaskan orang yang terperangkap di bawah sisa runtuhan, berdasarkan gambar yang diedarkan siaran digital AFPTV.


Perang Israel-Palestin yang turut menjejas wilayah serantau itu turut menyaksikan serangan roket Israel membunuh seorang komander roket Hezbollah di Lebanon dan agensi pemantau perang mengatakan beberapa pejuang Hezbollah di Syria turut terbunuh.


Pejabat Encik Netanyahu pula berkata rundingan baru mengenai gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan akan berlangsung di Doha dan Kaherah ‘dalam beberapa hari akan datang... dengan garis panduan untuk bergerak ke hadapan dalam rundingan’.

Rundingan itu menemui jalan buntu sejak beberapa hari kebelakangan ini walaupun desakan besar dibuat Amerika Syarikat dan negara pengantara Mesir serta Qatar untuk pengisytiharan gencatan senjata sejak awal Ramadan lagi yang hampir sampai ke penghujungnya.

Dalam keputusannya, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, berkata ia menerima hujah Afrika Selatan bahawa kemerosotan lanjut dalam krisis kemanusiaan di Gaza memerlukan Israel untuk melakukan lebih banyak usaha.

“Rakyat Palestin di Gaza tidak lagi hanya menghadapi risiko kebuluran, tetapi kebuluran sedang berlaku di sebahagian besar kawasan berkenaan,” katanya.

Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA), Encik Philippe Lazzarini, berkata keputusan itu adalah satu ‘peringatan nyata bahawa bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza adalah buatan manusia dan ia semakin teruk’.

Laporan disokong PBB yang dikeluarkan minggu lalu memberi amaran bahawa separuh daripada penduduk Gaza dilanda kelaparan ‘tahap serius’ dan meramalkan kebuluran yang akan berlaku di utara wilayah itu bakal menjadi ‘malapetaka’ besar.

Badan Kementerian Pertahanan Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sivil Palestin (Cogat), sebaliknya, mendakwa penilaian itu mengandungi banyak kesilapan dan memetik sumber yang boleh dipersoalkan.

ICJ telah memutuskan pada Januari lalu bahawa Israel mesti memudahkan bantuan kemanusiaan yang ‘diperlukan segera’ ke Gaza.

Keputusan mengikat terbaru oleh mahkamah, yang tidak banyak harapan untuk dikuatkuasa, dibuat ketika tentera Israel berkata ia akan meneruskan operasi tentera darat di hospital terbesar Gaza, Al-Shifa, untuk hari ke-12.  – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >