Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel, Palestin boleh hidup aman melalui huraian 2 negara: Biden

Oct 26, 2023 | 02:58 PM



GAZA/BAITULMAKDIS: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata Israel dan Palestin boleh hidup berdampingan dengan selamat dan aman menerusi penyelesaian dua negara.


“Rakyat Israel dan Palestin sama-sama layak untuk hidup berdampingan dengan selamat, bermaruah dan aman,” kata beliau dalam sidang media bersama dengan Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, yang dalam rangka lawatan ke Amerika.

“Tidak akan kembali kepada status quo seperti yang berlaku pada 6 Oktober, itu bermakna Hamas tidak boleh lagi melakukan keganasan terhadap Israel dan menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai manusia.

“Ini juga bermakna, apabila krisis ini berakhir, perlu ada visi tentang apa yang akan datang seterusnya dan pada pandangan kami, ia haruslah huraian dua negara, tambahnya.”

Beliau percaya satu sebab militan Hamas menyerang selatan Israel adalah untuk menghalang usaha menjalin hubungan antara Israel dengan Arab Saudi.

Peperangan antara pihak Israel dengan Hamas bermula selepas kumpulan militan Palestin itu melancarkan serangan di selatan Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,400 orang terbunuh.

Israel bertindak balas melalui pengeboman udara ke atas Jaluran Gaza, yang diperintah oleh Hamas. Israel berkata ia mahu memusnahkan kumpulan militan itu.

Tindakan pengeboman tentera Israel itu pula telah membunuh lebih 6,500 orang di Gaza.

Pada masa sama, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, memberi amaran konflik itu boleh merebak ke luar rantau Timur Tengah.

“Tugas kami hari ini, tugas utama kami, adalah untuk menghentikan pertumpahan darah dan keganasan,” kata Encik Putin dalam satu pertemuan dengan pemimpin berlainan agama di Russia, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kremlin.

“Jika tidak, krisis yang semakin meruncing penuh dengan akibat serius dan amat bahaya serta merosakkan ini bukan sahaja akan menjejas rantau Timur Tengah, malah boleh merebak jauh di luar sempadan Timur Tengah,” tegasnya.

Media Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Israel telah bersetuju menangguhkan pencerobohan di Gaza sehingga sistem pertahanan udara Amerika ditempatkan di rantau itu, seawal minggu ini, untuk melindungi tentera Amerika.


Ditanya mengenai laporan itu, pegawai Amerika memberitahu Reuters bahawa Washington telah membangkitkan kebimbangannya dengan Israel bahawa Iran dan kumpulan yang disokongnya, boleh meningkatkan konflik dengan menyerang tentera Amerika di Timur Tengah.


Pencerobohan Israel ke Gaza boleh menjadi pencetus kepada proksi Iran, kata mereka.

Setakat ini, peperangan Gaza telah mencetuskan konflik di luar Wilayah Palestin.

Pesawat perang Israel menyerang infrastruktur tentera Syria pada Rabu sebagai tindak balas kepada roket yang ditembak dari Syria, sekutu Iran. Israel juga telah menyasarkan lapangan terbang Aleppo Syria dan Hezbollah yang disokong Iran di Lebanon.

Iran, musuh ketat Israel, telah mahu menjadi kuasa utama serantau selama beberapa dekad dan menyokong kumpulan bersenjata di Syria, Lebanon dan tempat lain serta Hamas. Ia telah memberi amaran kepada Israel untuk menghentikan serangannya ke atas Gaza.

Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Russia dan China menolak ketetapan Majlis Keselamatan yang menggesa permusuhan dihentikan sementara bagi membolehkan makanan, air dan ubat yang sangat diperlukan dihantar kepada orang awam Palestin.

Amiriah Arab Bersatu (UAE) juga menolaknya, manakala 10 anggota menyokong dan dua berkecuali.

Russia pula menyokong gencatan senjata yang lebih luas tetapi gagal mendapat undian minimum.

Israel telah menentang kedua-duanya, dengan alasan bahawa Hamas akan mengambil kesempatan dan mencipta ancaman baru. – Agensi berita.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >