Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Saudi, Biden bincang usaha diplomatik perang Israel-Palestin

Oct 25, 2023 | 02:36 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengadakan rundingan menerusi panggilan telefon mengenai perang antara Israel dengan kumpulan Hamas, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.


Mereka bersetuju untuk meneruskan usaha diplomatik yang lebih luas “untuk mengekalkan kestabilan di seluruh rantau dan menghalang konflik daripada bertambah buruk”, kata kenyataan itu sambil menambah kedua-dua pemimpin akan kekal bekerjasama secara langsung menerusi pasukan masing-masing dalam tempoh akan datang.

Encik Biden dan Putera Mahkota Mohammed, mengalu-alukan penghantaran bantuan kemanusiaan dari Mesir ke Gaza dan mengakui bahawa “lebih banyak lagi diperlukan orang awam” untuk mengekalkan akses kepada makanan, air dan bantuan perubatan, tambah Rumah Putih.

Kenyataan itu menarik perhatian bahawa mereka mengalu-alukan usaha berterusan untuk mendapatkan pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas dan menggesa agar mereka dibebaskan dengan segera.

Kenyataan itu selanjutnya menyatakan kedua-dua pemimpin turut menegaskan kepentingan bekerja ke arah keamanan yang mampan antara Israel dengan Palestin sebaik sahaja krisis reda, melanjutkan kerja yang telah dijalankan antara Arab Saudi dengan Amerika sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Di bawah pentadbiran Encik Biden, Amerika dan Arab Saudi sedang mengusahakan rangka kerja untuk kerajaan itu mengiktiraf Israel sebagai pertukaran untuk jaminan keselamatan.

Sebelum ini, Encik Biden dipetik sebagai menyatakan bahawa Hamas melakukan serangan , sebahagiannya bertujuan untuk menghalang usaha Israel memulihkan hubungan dengan Arab Saudi.

Encik Biden dan Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken berkata mereka berpendapat serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel sebahagiannya bertujuan untuk mengganggu kemungkinan Saudi menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Negara jiran Teluk termasuk Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menjalin hubungan dengan Israel pada 2020 di bawah pentadbiran Donald Trump.

Amerika dan negara-negara lain mendesak Israel supaya menangguhkan perang darat dengan harapan untuk mendapatkan pembebasan lebih banyak tebusan.

Negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi bimbang konflik yang lebih meluas akan menjejaskan keselamatan negara mereka dan telah mendesak sekutu Barat dan Israel untuk melakukan gencatan senjata di Gaza dan menarik balik kepungan di jalur itu.

Namun, Amerika menolak gagasan gencatan senjata itu kerana ia akan lebih menguntungkan Hamas. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >