Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel, PBB, Mesir capai kemajuan salur bantuan ke Gaza

Dec 08, 2023 | 04:06 PM



TEL AVIV/KAHIRAH: Israel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi isyarat pada 7 Disember bahawa lintasan Kerem Shalom di Israel boleh dibuka tidak lama lagi untuk membantu mempercepatkan penghantaran bekalan kemanusiaan ke Gaza.


Keperluan itu ditimbulkan memandangkan perang antara Israel dengan Hamas telah menyebabkan penduduk Palestin menghadapi kekurangan keperluan asas yang amat mendesak.

Di Israel, Kolonel Elad Goren, ketua jabatan awam di Cogat, agensi Israel untuk penyelarasan awam dengan Palestin, berkata:

“Kami akan membuka Kerem Shalom hanya untuk pemeriksaan. Ia akan berlaku dalam beberapa hari akan datang.”

Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat berkata bahawa Israel telah bersetuju, atas permintaan pihaknya agar membuka persimpangan Kerem Shalom untuk pemeriksaan dan penyaringan.

Washington dilaporkan telah berunding dengan Israel mengenai isu itu selama berminggu-minggu.

Di Geneva, ketua bantuan PBB, Encik Martin Griffiths, memberitahu pemberita bahawa rundingan sedang dijalankan dan “terdapat tanda-tanda yang menjanjikan sekarang bahawa ia mungkin boleh dibuka tidak lama lagi”.

Jika ia berlaku, Encik Griffiths berkata ia akan memberi rangsangan besar bagi operasi kemanusiaan yang giat berusaha mencari lebih banyak akses ke kawasan Palestin yang padat penduduknya dan telah musnah akibat pengeboman Israel dalam perang yang telah berlangsung dua bulan itu.

“Ia akan menjadi keajaiban pertama yang kami lihat selama beberapa minggu, tetapi juga akan menjadi rangsangan besar kepada proses logistik dan pangkalan logistik operasi kemanusiaan,” katanya mengenai kemungkinan pembukaan Kerem Shalom.

Beliau berkata pihak yang bertelagah lebih bersedia untuk membuka persimpangan “mungkin bukan sekali gus, tetapi pastinya secara beransur-ansur.”

Bantuan yang kini dibenarkan masuk ke Gaza hanya datang melalui persimpangan Rafah di sempadan Mesir, yang direka untuk lintasan pejalan kaki dan bukannya trak.

Lintasan Kerem Shalom digunakan untuk membawa lebih daripada 60 peratus muatan trak ke Gaza sebelum perang meletus pada 7 Oktober.

Ia terletak di sempadan selatan Gaza dengan Israel dan Mesir.

Encik Griffiths berkata kedua-dua Israel dan Mesir kini lebih terbuka kepada idea untuk menghidupkan semula laluan itu.

Dalam pada itu, Mesir sedang berusaha untuk mempercepat penghantaran bantuan ke Jaluran Gaza, kata seorang pegawai kanan.

Pengumuman itu dibuat selepas jumlah bantuan yang disalurkan ke wilayah Palestin berkurangan dengan berakhirnya gencatan senjata pada 1 Disember.

Sejak perang bermula, lintasan Rafah menjadi satu-satunya pintu masuk untuk trak bantuan yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan, air dan bahan api ke Gaza.

Menurut PBB, bilangan trak yang melintas setiap hari telah merudum dalam beberapa hari kebelakangan ini kepada kurang 100, daripada hampir 200 ketika gencatan senjata selama seminggu dilaksanakan.

Pada 6 Disember, hanya 80 trak yang membawa bekalan kemanusiaan dan 69,000 liter bahan api memasuki Gaza dari Mesir. – Reuters​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >