Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel sedia hadiri rundingan gencatan senjata, kebuluran di Gaza kian buruk

Mar 17, 2024 | 04:10 PM



DOHA/BAITULMAKDIS: Agensi bantuan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beroperasi di Gaza menyatakan pada 16 Mac bahawa krisis malnutrisi atau kekurangan zat makanan semakin buruk di bahagian utara wilayah Palestin itu.


Ini sedang Israel bersiap sedia menghantar satu delegasi ke Qatar untuk menghadiri rundingan gencatan senjata baru yang melibatkan perjanjian pembebasan tebusan dengan Hamas.

Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan satu daripada tiga kanak-kanak bawah usia dua tahun di utara Gaza kini mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk, sekali gus memberi lebih tekanan kepada Israel berhubung masalah kebuluran yang semakin meningkat di Gaza.

Pada 15 Mac, Israel menyatakan ia akan menghantar delegasinya ke Qatar bagi perbincangan lanjut dengan pengantara, selepas Hamas mengemukakan satu cadangan baru bagi gencatan senjata yang melibatkan pertukaran tebusan dan tahanan.

Delegasi itu akan diketuai oleh ketua agensi perisikan Mossad Israel, Encik David Barnea, menurut satu sumber yang mengetahui mengenai rundingan tersebut.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dijangka mengadakan mesyuarat kabinet keselamatan negara itu untuk membincangkan cadangan tersebut sebelum rundingan bermula.

Pejabat Encik Netanyahu menyatakan tawaran Hamas yang terkini itu masih berdasarkan “permintaan yang tidak realistik.”

Sebelum ini, usaha mencapai gencatan senjata sementara sebelum ketibaan bulan Ramadan gagal.

Israel menyatakan pada 15 Mac bahawa ia merancang melancarkan serangan baru ke atas “kubu kuat Hamas” di Rafah, bandar terakhir yang menjadi tempat perlindungan agak selamat bagi penduduk Gaza, selepas perang selama lima bulan itu.

Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, yang memulakan lawatan ke wilayah itu, menyuarakan kebimbangan mengenai serangan Israel ke atas Rafah, sambil menegaskan serangan tersebut boleh mengakibatkan “banyak korban jiwa orang awam yang mengerikan”.

Pada 15 Mac, pejabat Encik Netanyahu menyatakan beliau telah meluluskan satu rancangan serangan ke atas Rafah, di mana lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza sedang berlindung, sambil menambah bahawa penduduk awam di Rafah akan dipindahkan.

Bagaimanapun, ia tidak memberi jangka masa operasi tersebut, dan tidak ada sebarang tanda tentara Israel akan membuat persiapan di Rafah.

Tawaran Hamas, yang diteliti Reuters, menjanjikan sejumlah tebusan Israel dibebaskan.


Sebagai ganti, ratusan rakyat Palestin di penjara Israel akan dibebaskan, semasa gencatan senjata selama beberapa minggu itu, yang akan membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza.

Hamas juga menggesa rundingan pada peringkat seterusnya untuk menamatkan konflik itu. Bagaimanapun, Israel menyatakan ia hanya bersedia mencapai gencatan senjata sementara.

Dalam pada itu, keluarga tebusan Israel dan penyokong mereka berkumpul di Tel Aviv dan menggesa agar tebusan itu dibebaskan.

Pembantah antipemerintah pula, yang dianggarkan mencapai beberapa ribu orang oleh media Israel, menggesa agar pilihan raya diadakan dan menyekat jalan raya di Tel Aviv. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >