Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mercy Relief rancang hantar bekalan bantuan kedua kepada pelarian Palestin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief rancang hantar bekalan bantuan kedua kepada pelarian Palestin

Mar 14, 2024 | 02:50 PM



Badan kemanusiaan setempat, Mercy Relief, merancang menghantar bantuan kemanusiaan kedua kepada penduduk dan pelarian Palestin sepanjang Ramadan ini.

Bantuan kemanusiaan tersebut merangkumi pengagihan makanan dalam tin dan juadah berbuka puasa dari 15 hingga 17 Mac, menurut badan kemanusiaan itu pada 14 Mac.

Bekalan makanan dalam tin tersebut dipilih dengan teliti untuk memenuhi keperluan pemakanan harian yang berkhasiat bagi penduduk Gaza.

Ia akan diagihkan kepada sekitar 4,800 pelarian Palestin, khususnya keluarga dan mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan, lapor The Straits Times (ST).


Satu majlis buka puasa akan juga dianjurkan bagi mengumpulkan sekitar 200 pelarian Palestin di Ismailia, bandar di timur-laut Mesir.

Majlis iftar itu bertujuan menggalak kesejahteraan dalam masyarakat tersebut dan menyediakan tempat untuk menjalin hubungan mesra dan membina sokongan.

Pengerusi Mercy Relief, Encik Satwant Singh; anggota lembaga pengarah Mercy Relief, Encik Chairul Fahmy Hussaini; dan pengarah eksekutifnya, Encik Muhammad Ashik, membentuk pasukan tiga anggota Mercy Relief yang akan ke Mesir bagi misi kemanusiaan ini.

Encik Satwant berkata: “Dalam Islam, majlis iftar mempunyai kepentingan istimewa dalam bulan suci Ramadan. Kami ingin berkongsi perpaduan masyarakat ini dengan berbuka puasa bersama-sama.”

“Melibatkan diri dengan masyarakat yang terjejas secara langsung juga membolehkan kami memahami keperluan dan cabaran mereka dengan lebih baik, dan memastikan usaha bantuan kami berkesan dan responsif kepada keadaan yang unik,” tambahnya.

Pada November 2023, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) berjaya mengumpul lebih $8 juta daripada masyarakat Singapura dari 19 Oktober hingga 17 November 2023 untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >