Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel serang lagi kem pelarian Gaza, dakwa bunuh pemimpin kedua Hamas

Nov 02, 2023 | 12:33 PM



GAZA/BAITULMAKDIS: Tentera Israel mendakwa telah membunuh seorang lagi komander Hamas pada Rabu dalam serangan kedua mereka ke atas kem pelarian terbesar di Gaza dalam masa dua hari.


Meningkatkan serangan mereka terhadap militan Hamas, Israel sekali lagi mengebom Jaluran Gaza yang berpenduduk padat dari darat, laut dan udara dalam kempennya untuk memusnahkan kumpulan yang menyerang selatan Israel pada 7 Oktober.

Selepas pengeboman terbaru ke atas Jabalia, kem pelarian terbesar di Gaza, rakyat Palestin dilihat menyaring runtuhan dalam usaha mencari mangsa yang cedera dan terbunuh.

“Ia adalah pembunuhan beramai-ramai,” kata seorang saksi serangan itu.

Tentera Israel berkata jet pejuangnya menyerang kompleks perintah dan kawalan Hamas di Jabalia “berdasarkan risikan yang tepat” dan membunuh ketua unit peluru berpandu antikereta kebal Hamas, Muhammad A’sar.

“Hamas membina infrastruktur keganasannya di bawah, sekitar dan dalam bangunan awam, dengan sengaja membahayakan orang awam di Gaza,” kata satu kenyataan Israel.

Tentera Israel berkata seorang askarnya terbunuh di Gaza pada Rabu berbanding 15 yang terkorban pada Selasa.

Dalam pada itu, roket Hamas ditembak secara berterusan dengan siren amaran dibunyikan di selatan Israel dan bandar pelabuhan Mediterranean, Ashkelon dan Ashdod.

“Kami berada dalam perang yang sukar,” kata Encik Netanyahu. “Saya berjanji kepada semua rakyat Israel: Kami akan menyelesaikan tugas itu. Kami akan terus maju sehingga meraih kemenangan.”

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, dalam tulisannya di media sosial, berkata: “Memandangkan jumlah korban awam yang tinggi dan skala kemusnahan di Jabalia, kami prihatin kerana ini adalah serangan yang tidak seimbang dan boleh menjadi jenayah perang.”

Tiada angka segera daripada pihak berkuasa Gaza mengenai bilangan kematian akibat serangan tersebut. Pegawai kementerian kesihatan Palestin berkata, serangan udara pertama Israel pada Selasa membunuh kira-kira 50 orang dan mencederakan 150 yang lain.

Israel berkata serangan Selasa membunuh Ibrahim Biari, yang disifatkan sebagai ketua kumpulan yang mendalangi serangan ke atas Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,400 orang terbunuh dalam serangan Hamas itu

Israel bertindak balas dengan pengeboman udara ke atas Jaluran Gaza dengan tujuan memusnahkan kumpulan militan itu.

Tindakan tentera Israel telah membunuh lebih 8,000 orang di Gaza.

Dr Fathi Abu al-Hassan, pemegang pasport Amerika, menggambarkan keadaan seperti neraka di dalam Gaza tanpa air, makanan atau tempat tinggal.

“Kami buka mata melihat orang mati dan kami tutup mata melihat orang mati,” katanya sambil menunggu untuk menyeberang ke Mesir.

“Jika ini berlaku di mana-mana negara lain... walaupun di padang pasir, (rakyat) akan bergabung bersama untuk (membantu) kami,” tambahnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >