Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel serbu ibu kota pentadbiran Palestin di Ramallah

Mar 05, 2024 | 01:33 PM



RAMALLAH: Tentera Israel telah menyerbu ibu kota pentadbiran Palestin di Ramallah yang terletak di di Tebing Barat yang diduduki Israel, membunuh seorang remaja berusia 16 tahun di kem pelarian Am’ari.


Saksi di Ramallah berkata, tentera Israel telah menyerbu dengan menggunakan berpuluh-puluh kenderaan tentera di bandar itu, yang merupakan ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata tentera Israel menembak dan membunuh Mustafa Abu Shalbak, 16 tahun, ketika mereka menyerbu kem pelarian Am’ari itu.

Sumber Palestin berkata pada 4 Mac bahawa operasi tersebut adalah yang terbesar dalam beberapa tahun.

Tentera Israel berkata, pasukan keselamatan telah menjalankan operasi memerangi keganasan di kem di mana rusuhan berlaku, dengan batu dan bom petrol dilemparkan ke arah tentera yang bertindak balas dengan melepaskan tembakan.

Seorang pegawai polis sempadan Israel cedera ringan dalam kejadian tersebut.

Keganasan telah meningkat merentasi Tebing Barat sejajar dengan perang Israel-Hamas di Gaza yang tercetus pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 400 rakyat Palestin telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera dan peneroka Israel di Tebing Barat, dengan Israel kerap menyerbu kawasan yang didudukinya itu sejak 1967.

Agensi berita Palestin, Wafa, turut melaporkan tentera Israel telah membunuh seorang budak lelaki berusia 10 tahun dalam serbuan berasingan di Tebing Barat.


Tentera Israel tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Tentera Israel juga telah memusnahkan jalan raya utama di bandar Tulkarm di Tebing Barat semasa serbuan di sana, kata saksi.

Wafa juga melaporkan bahawa tentera Israel telah menyerbu bandar Nablus di Tebing Barat, dan meletupkan rumah seorang lelaki yang sebelum ini dituduh Israel telah menyerang seorang ibu dwi-kewarganegaan Britain-Israel dan membunuhnya serta dua anak perempuannya dalam kejadian pada April 2023 di Tebing Barat.


Menurut Kelab Tawanan Palestin, tentera Israel telah menahan sekurang-kurangnya 55 rakyat Palestin dalam serbuan di serata Tebing Barat. – Agensi berita.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >