Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertempuran di Tebing Barat ragut 9 penduduk Palestin, 2 warga Israel

Jan 8, 2024 | 1:34 PM
KONFLIK DI TEBING BARAT MENINGKAT: Para penduduk Palestin memeriksa kerosakan akibat serangan dron Israel di Jenin, Tebing Barat, pada 7 Januari.
KONFLIK DI TEBING BARAT MENINGKAT: Para penduduk Palestin memeriksa kerosakan akibat serangan dron Israel di Jenin, Tebing Barat, pada 7 Januari. - Foto EPA-EFE

JENIN: Serangan udara, tembakan dan bedilan merentasi Tebing Barat telah membunuh sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin dan dua warga Israel pada 7 Januari, kata pegawai kedua-dua pihak ketika keganasan semakin meningkat di wilayah yang diduduki Israel itu.

Tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan kem pelarian Jenin, kubu kuat militan di utara Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Polis Israel berkata seorang pegawainya terbunuh apabila “kenderaannya... terkena bahan letupan” semasa serbuan di kem, sambil menambah bahawa tiga pegawai lain cedera.

Dalam kejadian berasingan, pegawai polis Israel bertindak balas terhadap serangan merempuh kereta di pusat pemeriksaan dengan menembak seorang gadis Palestin, dengan pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu telah meninggal dunia.

Seorang pemandu van membelok ke arah pegawai di pusat pemeriksaan antara Baitulmakdis dengan Ramallah, menyebabkan mereka melepaskan tembakan.

“Akibat terkena tembakan, seorang gadis yang berada di dalam kenderaan lain di pusat pemeriksaan cedera,” kata polis.

Seorang penduduk Jenin, Encik Suleiman Moussa, berkata: “Ia adalah pemandangan yang sukar dipercayai dan kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”

Pegawai agensi perubatan kecemasan Israel, Encik Magen David Adom, menyatakan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun disahkan mati selepas menjalani pemeriksaan.

Di kampung Abwein di utara Ramallah, kementerian kesihatan Palestin berkata seorang lelaki maut akibat tembakan tentera Israel. Tiada komen daripada pihak tentera.

Di tempat lain di kawasan Ramallah, seorang awam Israel ditembak mati oleh penyerang yang tidak dikenali, menurut tentera.

Tentera Israel dilaporkan kerap melakukan serbuan di wilayah yang diduduki termasuk Jenin dan kem pelarian bersebelahan dengannya, mengakibatkan pertempuran senjata dengan militan Palestin.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, melaporkan pada 7 Januari bahawa satu penempatan besar tentera Israel dilihat di Jenin.

Israel telah menduduki Tebing Barat sejak 1967.

Kira-kira 3 juta rakyat Palestin tinggal di wilayah itu bersama-sama dengan 490,000 warga Israel, yang tinggal di penempatan yang dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg