Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tubuh negara Palestin, kenakan sekatan ke atas Israel: PM Palestin

Jan 23, 2024 | 2:38 PM
SERU TUBUHKAN NEGARA PALESTIN: Perdana Menteri Palestin, Encik Mohammad Shtayyeh, menghadiri  mesyuarat kabinet di Ramallah, bandar Tebing Barat pada 22 Januari.
SERU TUBUHKAN NEGARA PALESTIN: Perdana Menteri Palestin, Encik Mohammad Shtayyeh, menghadiri mesyuarat kabinet di Ramallah, bandar Tebing Barat pada 22 Januari. - Foto AFP

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Encik Mohammad Shtayyeh, berkata konsensus antarabangsa mengenai penubuhan Negara Palestin mesti dijadikan kenyataan dan sekali gus menamatkan pendudukan Israel.

Beliau juga berkata bahawa dunia mesti mula berfikir tentang mengenakan sekatan ke atas Israel kerana pencerobohan berterusan, penjajahan, pendudukan dan penolakannya terhadap keamanan.

Dalam ucapannya pada mesyuarat mingguan Kabinet Palestin di Ramallah pada 22 Januari, Encik Shtayyeh menyatakan terdapat gerakan antarabangsa yang penting di sekitar isu penyelesaian dua negara.

Beliau berkata bahawa dunia tidak seharusnya memberi perhatian kepada kedudukan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dan pemerintahnya yang menolak penyelesaian dua negara dan harus berusaha untuk menamatkan pendudukan, mengiktiraf negara Palestin secara dua hala dan mengundi Palestin untuk menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Encik Shtayyeh menegaskan bahawa dasar jenayah pembunuhan Israel masih meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah di Jaluran Gaza, sambil menambah bahawa bantuan kemanusiaan yang disalurkan ke Gaza sangat sedikit dan tidak cukup memenuhi keperluan penduduk Palestin.

Menurutnya, penyakit telah mula merebak dan beribu-ribu kes hepatitis dan penyakit lain telah direkodkan, manakala tiada tempat berlindung yang sesuai daripada cuaca sejuk.

Bahkan, bekalan air dan elektrik masih terputus, kerja rangkaian komunikasi berubah-ubah dan akhbar antarabangsa dan Palestin masih dihalang daripada memasuki Gaza.

Jumlah mangsa yang terkorban, cedera, hilang dan ditahan, telah mencecah sekitar 100,000, dengan 70 peratus adalah kanak-kanak, wanita, dan warga tua.

Di Tebing Barat, beliau berkata bahawa Israel terus membunuh rakyat Palestin terutama di kem, dengan jumlah yang terbunuh sejak awal tahun lalu kini berjumlah 523 orang, termasuk 22 yang dibunuh oleh kumpulan penceroboh. –Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg