Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel siap terima mayat tebusan ibu dan dua anaknya

Feb 20, 2025 | 3:00 PM
Seorang lelaki melintas di hadapan poster tebusan Encik Yarden Bibas dan dua anaknya, Shiri Bibas dan Kfir Bibas, yang dipasang di tepi jalan raya di Baitulmakdis.
Seorang lelaki melintas di hadapan poster tebusan Encik Yarden Bibas dan dua anaknya, Shiri Bibas dan Kfir Bibas, yang dipasang di tepi jalan raya di Baitulmakdis. - Foto REUTERS

BAITULMAKDIS: Israel bersiap sedia pada 20 Februari untuk menyambut pemulangan mayat bayi Kfir Bibas dan saudaranya yang berusia empat tahun Ariel – dua tebusan paling muda yang ditahan Hamas dalam serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Kumpulan Palestin berkata mayat dua kanak-kanak lelaki itu dan ibu mereka, Shiri Bibas, bersama dengan tebusan keempat, Oded Lifschitz, akan diserahkan pada 20 Februari di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza yang dicapai dengan sokongan Amerika Syarikat dan perantara Qatar dan Mesir.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata dalam satu kenyataan video ringkas bahawa 20 Februari akan menjadi “hari yang sangat sukar bagi Israel. Hari yang menjengkelkan, hari kesedihan”.

Kfir Bibas berusia sembilan bulan apabila keluarga Bibas, termasuk bapa mereka Encik Yarden Bibas, ditawan di Kibbutz Nir Oz, salah sebuah kawasan masyarakat berhampiran Gaza dalam serangan Hamas itu.

Hamas berkata pada November 2023 bahawa kanak-kanak lelaki dan ibu mereka telah terbunuh dalam serangan udara Israel.

Namun, kematian itu tidak pernah disahkan oleh pihak berkuasa Israel.

Malah pada saat-saat akhir, ada yang enggan menerima hakikat bahawa mereka telah mati.

Encik Yarden telah dibebaskan dalam pertukaran tebusan dengan banduan Palestin awal Februari.

Tetapi keluarga itu berkata “perjalanan mereka belum berakhir” sehingga mereka menerima pengesahan tentang apakah yang berlaku kepada kanak-kanak itu dan ibu mereka.

Israel tidak mengesahkan identiti tebusan yang bakal dibebaskan sehingga pemeriksaan DNA selesai dijalankan.

Di sebalik tuduhan saling melanggar gencatan senjata, perjanjian rapuh yang berkuat kuasa pada 19 Januari 2025 telah bertahan sejak siri pertama pertukaran tebusan Israel di Gaza dengan tahanan Palestin yang dipenjarakan Israel.

Encik Netanyahu telah menghadapi kritikan daripada sekutu pakatan sayap kanannya kerana bersetuju dengan perjanjian itu yang dilihat menguntungkan Hamas dan membolehkan kumpulan itu kekal di Gaza.

Tetapi tinjauan berturut-turut telah menunjukkan sokongan luas dalam kalangan orang ramai untuk gencatan senjata, dan beribu-ribu rakyat Israel telah turun ke jalan raya untuk menuntut pemerintah agar mematuhi perjanjian itu sehingga semua tebusan dibebaskan.

Penyerahan mayat pada 20 Februari akan disusuli dengan pembebasan enam tebusan yang masih hidup pada 22 Februari.

Setakat ini 19 tebusan Israel telah dibebaskan berserta lima warga Thailand di bawah penyerahan tidak berjadual itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg