Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel terus serang Gaza selepas keluar perintah pindah

Jul 23, 2024 | 1:05 PM
Gaza
Warga Palestin diarah tentera Israel untuk mengosongkan Khan Younis, di selatan Jaluran Gaza pada 22 Julai. - Foto REUTERS

GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata pada 22 Julai bahawa operasi Israel di Khan Younis, membunuh 70 orang dan mencederakan 200 yang lain.

Ini selepas tentera Israel memberi amaran bahawa ia akan “beroperasi secara paksa” di kawasan itu.

Amaran tentera itu menjejas sektor timur Khan Younis zon kemanusiaan Al-Mawasi di selatan Gaza dan menyebabkan beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri.

Tentera Israel berkata ia akan bertindak mengekang tembakan roket di kawasan tersebut.

Khan Younis telah menyaksikan pertempuran hebat pada awal 2024.

Kejadian terkini berlaku sembilan hari selepas kementerian kesihatan berkata 92 orang terbunuh, dalam serangan ke atas Al-Mawasi, apabila Israel berkata ia menyasarkan komander Hamas.

Israel berikrar untuk memusnahkan Hamas dan telah melancarkan operasi ketenteraan yang sengit di kawasan Gaza, yang sebelum ini telah diisytiharkan bebas daripada militan.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berada di bawah tekanan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan, tiba di Washington pada 22 Julai untuk berucap di Kongres Amerika Syarikat.

Encik Netanyahu akan bertemu Presiden Amerika, Encik Joe Biden, yang telah mendorongnya untuk bersetuju dengan gencatan senjata, lebih sembilan bulan selepas perang Gaza yang dicetuskan oleh serangan kumpulan militan Palestin pada 7 Oktober ke atas Israel.

Pada akhir Jun, Encik Netanyahu berkata perang “dalam fasa sengitnya” hampir berakhir.

Arahan pemindahan untuk kawasan Al-Mawasi dibuat hanya dua bulan selepas tentera mengarahkan penduduk Palestin ke sana untuk keselamatan mereka sendiri.

“Disebabkan oleh serangan dan pembunuhan beramai-ramai pendudukan Israel di wilayah Khan Younis dari awal pagi tadi hingga kini, 70 orang telah terbunuh dan lebih 200 lagi cedera,” kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Tentera Israel tidak memberi komen mengenai jumlah korban apabila ditanya agensi berita, AFP. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg