Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel timbang gencatan taktikal untuk salur bantuan, pindah tebusan

Nov 07, 2023 | 03:46 PM



TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata Israel akan mempertimbangkan “gencatan kecil taktikal” dalam pertempuran di Gaza untuk memudahkan kemasukan bantuan atau keluarnya tebusan.


Namun, pendirian negara tetap tidak berubah – menolak tekanan gencatan senjata yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa.

Bercakap dalam temu bual dengan televisyen Amerika Syarikat, Encik Netanyahu, menyatakan negaranya berikrar untuk memusnahkan pemerintah Hamas.

Beliau berpendapat bahawa Israel akan memerlukan tanggungjawab keselamatan ke atas wilayah Palestin untuk “tempoh yang tidak ditentukan” selepas perang.

Ditanya mengenai potensi gencatan kemanusiaan dalam pertempuran, idea yang disokong oleh sekutu utama Israel, Amerika, beliau berkata gencatan senjata akan menghalang usaha perang negaranya.

“Setakat gencatan taktikal – sejam di sini, sejam di sana – seperti yang kami pernah melakukannya sebelum ini. Saya rasa kami akan meneliti keadaan untuk membolehkan barangan, bantuan kemanusiaan masuk, atau tebusan kami, tebusan individu, keluar,” kata Encik Netanyahu kepada ABC News pada Isnin.

“Tetapi saya tidak fikir akan ada gencatan senjata penuh,” tegasnya.

Kedua-dua Israel dan militan Hamas yang mengawal Gaza telah menolak tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk gencatan senjata. Israel berkata tebusan yang ditahan oleh Hamas semasa mereka menyerang selatan Israel pada 7 Oktober harus dibebaskan dahulu.

Hamas berkata ia tidak akan membebaskan mereka atau berhenti berperang walaupun Gaza diserang.

Sejak serangan Hamas yang membunuh 1,400 orang di Israel dan menahan lebih 240 tebusan, Israel telah menyerang Gaza secara berterusan dari udara, mengenakan kepungan dan melancarkan serangan darat, membangkitkan kebimbangan global terhadap keadaan kemanusiaan di kawasan itu.

Kementerian kesihatan di kawasan yang dikuasai Hamas berkata sekurang-kurangnya 10,022 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 4,104 kanak-kanak akibat serangan Israel itu.

Organisasi antarabangsa berkata hospital-hospital di Gaza tidak dapat menangani besarnya bilangan mangsa yang perlu dirawat dan makanan serta air bersih kehabisan dengan penghantaran bantuan tidak mencukupi.

“Kami memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera. Sudah 30 hari. Cukup-cukuplah. Ini mesti dihentikan sekarang,” kata satu kenyataan daripada ketua beberapa badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Mereka termasuk Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Encik Volker Turk, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus dan ketua bantuan PBB, Encik Martin Griffiths.

Washington telah berusaha keras untuk mengatur gencatan sementara kemanusiaan dalam konflik Israel-Palestin untuk membolehkan bantuan masuk. Tetapi ia telah berhujah, seperti Israel, bahawa Hamas akan mengambil kesempatan daripada gencatan senjata penuh untuk berkumpul semula.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, yang dilaporkan membincangkan soal gencatan sementara kemanusiaan dan kemungkinan pembebasan tebusan dalam panggilan telefon dengan Encik Netanyahu pada Isnin, mengulangi sokongannya kepada Israel sambil menekankan bahawa ia mesti melindungi orang awam, kata Rumah Putih.

Dalam masa yang sama, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menerima 118 trak bantuan pada Ahad dan Isnin melalui lintasan sempadan Rafah, menjadikan jumlah keseluruhan trak yang memasuki Semenanjung Gaza sejak 21 Oktober lalu sebanyak 569.

Persatuan itu menerusi satu kenyataan berkata pasukannya menerima 25 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dari Bulan Sabit Merah Mesir pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.


Dalam satu kenyataan berasingan, persatuan itu mengesahkan bahawa mereka menerima 93 lagi trak bantuan daripada Bulan Sabit Merah Mesir pada Isnin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >