Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua IAEA bimbang Israel mungkin serang loji nuklear Iran

Apr 16, 2024 | 2:06 PM
Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Encik Rafael Grossi,  bimbang Israel mungkin menyerang kemudahan nuklear Iran.
Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Encik Rafael Grossi, bimbang Israel mungkin menyerang kemudahan nuklear Iran. - Foto REUTERS

NEW YORK: Ketua badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada 15 April bahawa beliau bimbang tentang kemungkinan Israel menyasarkan kemudahan nuklear Iran.

Namun, pemeriksaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke atas kemudahan Iran akan disambung semula pada 16 April.

Ketua tentera Israel berkata pada 15 April, negaranya akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron hujung minggu oleh Iran, sebagai tindakan balas terhadap serangan udara Israel ke atas kedutaannya di Damsyik, Syria, pada 1 April, sekali gus meningkatkan ketegangan di Timur Tengah.

Ketua Pengarah IAEA, Encik Rafael Grossi, berkata Iran menutup kemudahan nuklearnya pada 14 April atas “pertimbangan keselamatan” dan semasa ia dibuka semula pada 15 April, beliau menghalang pemeriksa IAEA “sehingga kita melihat bahawa keadaan benar-benar tenang”.

“Kami akan menyambung semula esok. Ini tidak memberi kesan kepada kegiatan pemeriksaan kami,” kata Encik Grossi kepada pemberita di New York.

Ketika ditanya tentang kemungkinan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran, Encik Grossi berkata:

“Kami sentiasa bimbang tentang kemungkinan ini..”

IAEA kerap memeriksa kemudahan nuklear utama Iran di Natanz yang berada di tengah-tengah program nuklear negara itu.

Iran menyatakan program nuklearnya sepenuhnya aman, tetapi kuasa Barat menuduh Teheran berusaha untuk membuat bom nuklear.

Iran melancarkan lebih 200 dron senjata dan peluru berpandu terhadap Israel pada lewat malam 13 April.

Iran berikrar membalas dendam serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik yang mengorbankan tujuh pegawai Pengawal Revolusi Iran (IRG), termasuk dua komander kanannya itu.

Israel tidak mengesahkan atau menafikan bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg