Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isteri bekas Presiden Korea S mula dibicara kes rasuah, terima hadiah ‘beg Dior’

Sep 24, 2025 | 5:35 PM
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee (kiri), tiba untuk perbicaraan pertamanya atas tuduhan rasuah di Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada 24 September 2025. Kim Keon Hee, isteri kepada bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol yang kini dipenjara, didakwa pada 29 Ogos atas pertuduhan termasuk rasuah, manipulasi pasaran saham, serta menerima hadiah mewah bernilai lebih AS$50,000, menurut pasukan pendakwa khas.
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee (kiri), tiba untuk perbicaraan pertamanya atas tuduhan rasuah di Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada 24 September 2025. Kim Keon Hee, isteri kepada bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol yang kini dipenjara, didakwa pada 29 Ogos atas pertuduhan termasuk rasuah, manipulasi pasaran saham, serta menerima hadiah mewah bernilai lebih AS$50,000, menurut pasukan pendakwa khas. - Foto AFP

SEOUL: Kim Keon Hee, isteri kepada bekas Presiden Korea Selatan yang digulingkan, Yoon Suk Yeol, hadir di mahkamah pada 24 September pada permulaan perbicaraan rasuah yang telah mengaitkan beberapa tokoh politik dan agama berprofil tinggi.

Kim, yang berdepan pertuduhan termasuk rasuah dan manipulasi saham, tiba di Mahkamah Daerah Pusat Seoul dengan mengenakan sut hitam, penampilan awam pertamanya sejak ditahan pada Ogos lalu.

Dalam kenyataan ringkas di hadapan hakim, Kim hanya mengesahkan maklumat peribadinya serta memohon agar kesnya dibicarakan oleh hakim tanpa juri. Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi terhadap tuduhan yang dikenakan.

Pihak pendakwa raya menyenaraikan beberapa tuduhan terhadap Kim, termasuk dakwaan memanipulasi saham, melanggar undang-undang pembiayaan politik dengan meminta seorang broker kuasa menjalankan tinjauan pendapat secara percuma, serta menerima rasuah daripada Gereja Penyatuan Korea Selatan.

“Kes ini melibatkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan yang serius, yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi negara,” kata seorang pendakwa raya di mahkamah.

Peguam Kim menafikan semua tuduhan itu. “Pihak pendakwa gagal mendedahkan butiran bukti yang kononnya mereka peroleh. Anak guam kami tidak bersalah,” kata salah seorang peguam bela.

Jika sabit kesalahan, Kim boleh dikenakan hukuman denda atau penjara sehingga lima tahun.

Nama Kim mula tercalar selepas sebuah video tersebar menunjukkan beliau menerima beg tangan Dior daripada seorang pastor, yang dirakam secara tersembunyi.

Skandal itu menjejas reputasi pentadbiran suaminya sehingga akhirnya tercetus pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon pada Disember lalu, yang membawa kepada penyingkirannya daripada jawatan presiden.

Yoon kini sedang dibicarakan secara berasingan atas tuduhan pemberontakan dan masih ditahan sejak Julai.

Kes ini semakin mendapat perhatian selepas ketua Gereja Penyatuan, Han Hak-ja, dijatuhi hukuman penjara pada 23 September atas dakwaan mengarahkan organisasinya merasuah Kim demi mendapat layanan politik istimewa.

Pendakwa raya mendakwa gereja itu memberikan Kim dua beg Chanel, seutas kalung Graff, dan satu set hadiah ginseng Korea dengan nilai keseluruhan sekitar 80 juta won ($74,000).
Namun, peguam Kim menolak dakwaan itu: “Bekas wanita pertama tidak pernah menerima mana-mana hadiah yang disebutkan.”

Han pula menegaskan semua tuduhan tersebut adalah fitnah. “Ini maklumat palsu yang direka untuk menjatuhkan kami,” katanya.

Gereja Penyatuan, yang diasaskan di Korea Selatan pada 1950-an oleh Moon Sun-myung yang mengisytiharkan dirinya sebagai mesiah, terkenal dengan upacara perkahwinan besar-besaran. Gereja itu telah lama dikritik kerana kaedah pengumpulan dana serta hubungannya dengan politik.

Baru-baru ini, ia sekali lagi menjadi tumpuan antarabangsa selepas terbabit dalam kontroversi politik di Jepun berikutan pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg