Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu Najib: Rosmah hanya mampu berdoa

Jul 09, 2015 | 02:19 PM



KUALA LUMPUR: Isteri perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau hanya mampu berdoa kepada Allah berhubung dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Razak.


Malah, beliau juga menasihatkan semua pihak supaya tidak memfitnah antara satu sama lain di bulan Ramadan yang mulia ini.


"Kita serah pada Allah swt. Itu yang paling mustahak.


"Hari baik, bulan baik jangan kita fitnah satu sama lain. (Jangan memfitnah) itu adalah ajaran Al-Quran.


"Kita serah pada Allah. Kita hanya mampu berdoa," kata Datin Rosmah ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung pelbagai dakwaan terhadap Datuk Najib baru-baru ini kepada Malaysiakini.


Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka.


Ditanya apakah yang dilakukannya sebagai isteri kepada Datuk Najib ketika menghadapi situasi begini , beliau dengan ringkas berkata:


"Sebagai isteri saya pun berdoa juga."


Datuk Najib sebelum ini berdepan tekanan dan digesa meletakkan jawatan berhubung dakwaan "kehilangan" wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Tekanan semakin serius apabila Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report mendakwa sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu.


WSJ dan Sarawak Report mendakwa hampir AS$700 juta wang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Najib di AmBank, sebelum pilihan raya umum 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >