Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

‘Isu pilih perdana menteri boleh cetus krisis ekonomi di Thailand’

Jul 11, 2023 | 04:47 PM



BANGKOK: Peranan monarki Thailand menjadi punca kebuntuan dalam pemilihan perdana menteri baru negara itu, yang boleh menjerumuskan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu ke kancah krisis ekonomi, dengan kumpulan reformis sekali lagi bersaing untuk melepaskan cengkaman pihak tentera yang setia kepada raja.


Walaupun mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya pada 14 Mei lalu mengalahkan parti-parti yang pro-tentera, parti progresif Move Forward dan sekutunya, pimpinan Encik Pita Limjaroenrat, menghadapi laluan sulit dalam kerajaan baru.

Sebab utamanya adalah, wadah politik parti Move Forward mengajukan saranan yang dianggap tidak dapat diterima, iaitu ingin meminda undang-undang berkaitan melakukan kesalahan menghina raja, Artikel 112 kanun jenayah, menjatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Di negara yang selama ini meletakkan Raja Thailand sebagai lambang identiti negara, saranan itu dianggap radikal dan kebanyakan parti minoriti dan anggota dewan parlimen yang dilantik, berikrar untuk menghalang Encik Pita daripada menjadi perdana menteri.

“Usul pindaan itu dilihat sebagai tidak menghormati dan penghinaan terhadap raja,” kata Senator Seri Suwanpanon kepada agensi berita Reuters.

Pihak tentera Thailand selama ini mempertahankan raja di negara itu dan memberinya alasan untuk mencampuri soal politik, serta menggunakan undang-undang tersebut bagi membungkam sebarang bantahan, menurut para pengkritik.

Di Parlimen, dengan portrait raksasa Raja Maha Vajiralongkorn dipajang dalam dewan itu, para anggota parlimen akan mengundi pada Khamis ini untuk memilih seorang perdana menteri.

Tetapi persaingan bagi jawatan tersebut boleh membawa kepada kebuntuan yang berlarutan buat beberapa minggu atau mungkin juga berbulan-bulan.

Undian daripada sekitar 250 anggota dewan, yang dilantik junta tentera, dijangka menghalang perikatan progresif yang memenangi pilihan raya lalu daripada melantik tokoh pilihan mereka dalam pengundian tersebut.

Sistem itu termaktub dalam perlembagaan yang disiapkan selepas rampasan kuasa tentera pada 2014, pimpinan ketua tentera, Encik Prayut Chan-o-cha, perdana menteri yang partinya kalah teruk dalam pilihan raya pada Mei lalu itu.

Semuanya bergantung sama ada sekutu utama parti Move Forward, iaitu pemenang kedua parti Pheu Thai, masih mahu bersama atau cuba mencari rakan lain, jika Encik Pita gagal.

Raja Vajiralongkorn, 70 tahun, yang tidak mempunyai apa-apa peranan dalam pemilihan sebuah kerajaan, tetap tidak bersuara tentang isu undang-undang yang dipertikaikan itu, sejak pilihan raya diadakan.

Pihak Istana Raja Thailand juga tidak memberi respon ketika diminta memberi ulasan.

Perubahan menyeluruh


Saranan pindaan parti Move Forward itu mencerminkan perubahan budaya yang melanda Thailand beberapa tahun kebelakangan ini, dengan raja dianggap suatu institusi yang mulia.

Pada dasarnya, semua kelihatan sama sahaja. Portrait raja masih lagi dipajang di serata jalan dan bangunan di kawasan bandar. Berita Diraja yang disiarkan setiap malam masih juga memberikan gambaran yang baik buat keluarga diraja.

Namun perubahan secara beransur telah terlihat. Di pawagam, ramai sudah tidak lagi berdiri apabila lagu kebangsaan dimainkan sebelum tayangan filem bermula. Pelbagai sindiran muncul di media sosial sebelum kerajaan mengarahkannya supaya dihentikan.

Bagaimanapun, perubahan paling besar adalah politik. Semasa pilihan raya 2019, tiada satu parti pun yang berani menyuarakan tentang pindaan undang-undang berkaitan raja itu.

Tetapi parti Move Forward bukan sahaja berani, malah menang dengan memperoleh banyak kerusi dalam pilihan raya Mei lalu, walaupun soal pindaan undang-undang itu menjadi salah satu platform parti tersebut.

Perubahan itu muncul dengan tunjuk-tunjuk perasaan yang dipimpin para pelajar pada 2020 mula membantah pemerintahan tentera, tetapi beralih kepada dakwaan bahawa tentera bekerjasama dengan istana untuk mengukuhkan kuasa. Akibatnya muncul kritikan terhadap Raja pula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >