Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isu Zahid lepas kes rasuah, Anwar akan jawab di Parlimen

Sep 18, 2023 | 03:26 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen pada Selasa.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen (AP) pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), sama ada Perdana Menteri akan menjawab mengenai isu keputusan DNAA Presiden Umno.

Katanya, sesi itu berkemungkinan akan berlaku pada 2.30 hingga 3.30 petang.

“Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan (Anwar) ada di sini... beliau (Anwar) akan jawab esok. Jadi soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita adalah kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,” katanya.

Datuk Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan tentang adakah Datuk Anwar akan menjawab isu DNAA Datuk Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Datuk Azalina ketika penggulungan perbahasannya turut menyatakan kerajaan komited memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan dan bersetuju dari segi prinsip.

“Kenapa masa Yang Berhormat (Takiyuddin), kerajaan tak nak pisahkan Peguam Negara? Kenapa tak pisah?

“Bila Yang Berhormat (TB) kena, kata pendakwaan terpilih. Dalam isu ini, kami di sini cakap kami buat. YB di sana (pembangkang) bukan saja tak buat, cakap pun tak.

“Berkuasa empat tahun, jangan nak cakap pasal pendakwaan terpilih kerana Kerajaan Madani komited kepada tatakelola yang lebih adil,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Azalina berkata kerajaan juga sedang berusaha melakukan beberapa pindaan undang-undang termasuk membabitkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Katanya, pindaan itu diharap dapat dilakukan pada 2023.

“Jika boleh, kerajaan mahu melaksanakan pindaan undang-undang secara serentak supaya setiap pindaan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Bagaimanapun, mekanismenya itu selalunya mengambil masa lebih lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang bertanya bila pindaan berkenaan dapat dilaksanakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >