Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020: RAMALAN WARTAWAN FAKHRURADZI ISMAIL

Italy pilihan untuk ke final

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



DUA pasukan gergasi Eropah bersua lagi dalam 'gelanggang' Euro.



Kedua-dua pasukan Italy dan Sepanyol bagaikan ditakdirkan untuk bertemu dalam kejohanan terbesar Eropah, dan setiap kali mereka bertembung, ia menjanjikan perlawanan yang sangat sengit dan tidak kurang hebatnya.



Namun pasukan mana yang lebih gagah masih menjadi tanda tanya.



Satu ketika dahulu, Sepanyol pernah menjadi pasukan yang disegani, namun sejak kebelakangan ini, persembahan mereka dikaburi dengan keputusan yang agak mengecewakan.



Tidak kurang pula dengan Italy, yang turut melihat nasib sama menimpa mereka.



Walau apapun, di Euro 2020 ini, dua gergasi Eropah ini bagaikan sudahpun terjaga dari lena.



Masing-masing memberikan persembahan mantap dalam kejohanan ini, yang menyaksikan mereka layak bersaing di pusingan separuh akhir ini.



Biarpun begitu, Italy mempunyai kelebihan dengan barisan pemain yang lebih menunjukkan keinginan untuk melangkah jauh berbanding Sepanyol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >