Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jabatan Peguam Negara akan buat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan tuduhan Muhyiddin 

Aug 15, 2023 | 2:46 PM
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Selasa daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta ($68 juta) bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika menjadi Perdana Menteri kelapan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, memberitahu media negara itu bahawa pihak pendakwaan buat masa ini menerima keputusan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, namun akan memfailkan rayuan pada petang hari sama.

“Bagi kes pengubahan wang haram dihadapi Muhyiddin pula, kita akan minta ditangguhkan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu proses rayuan kes rasuah itu di Mahkamah Rayuan.

“Pada 19 September depan adalah tarikh seterusnya untuk pendengaran di Mahkamah Sesyen bagi permohonan perbicaraan bersama. Namun dalam keadaan ini, kami terpaksa memohon untuk ia ditangguhkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah pada Selasa, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Sementara itu, pihak pembangkang mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, supaya menyemak dan mengkaji semula semua pendakwaan yang dikatakan terpilih terhadap pimpinan Bersatu dan PN bagi tujuan ditarik balik.

Desakan itu dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan empat tuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin itu.

Datuk Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN, berkata dalam membuat keputusan itu, mahkamah bukan saja memutuskan pertuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin sebagai cacat, tidak berasas, kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah, malah adalah kesalahan penggunaan proses mahkamah.

“Kebenaran akhirnya berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin. Kezaliman dan dendam politik kesumat kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang sengaja mencipta fitnah, mengada-adakan pertuduhan serta menyalahgunakan kuasa bagi mendakwa pemimpin PN terbukti di mahkamah hari ini,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg