Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jadi yatim piatu akibat denggi dalam dua hari

Jan 23, 2017 | 09:02 AM



BUKIT MERTAJAM - Nyamuk Aedes telah menyebabkan tiga adik-beradik menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka meninggal dunia selang sehari.



Malah, salah seorang daripada adik-eradik itu juga hampir terkorban.



Pelajar tingkatan dua Muhammad Firdaus Azlan, mengalami demam denggi bersama bapanya Azlan Mat Din, 50 tahun, dan ibunya, Normah Amiruddin, 46 tahun.



Allahyarham Azlan meninggal dunia akibat virus itu pada 16 Jan manakala Allahyarhamha Normah meninggal dunia pada hari berikutnya.



Firdaus, 14 tahun, berkata bapanya, seorang juruteknik kilang, mengalami demam selama tiga hari dan kemudian mula muntah-muntah.



Beliau dan ibunya ikut demam.



Mereka ke Hospital Seberang Jaya pada 14 Jan.



Bapanya dimasukkan ke wad tetapi dia dan ibunya dibenarkan pulang.



Namun keadaan mereka bertambah buruk pada hari berikutnya.



Allahyarham Normah dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam, dan kemudian dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang.



Firdau sekali lagi dibenarkan pulang.



Namun demamnya tidak reda dan dia ke Hospital Seberang Jaya pada 16 Jan. Kali ini dia dimasukkan ke wad dan kemudian dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.



Pada malam 16 Jan, doktor memberitahunya bahawa bapanya telah meninggal dunia.



"Keesokan harinya, saya diberitahu ibu saya telah meninggal," katanya di rumahnya di Taman Seri Delima, Juru, pada hari Ahad (23 Jan).



Firdaus dibenarkan pulang pada 20 Jan. Dia mempunyai kakak, Nur Hidayah Azlan, 23 tahun, seorang pelajar politeknik, dan abang, Muhammad Ridzuan Udzham Azlan, 18 tahun, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Dr Afif Bahardin yang melawat mereka di rumah mereka pada hari Ahad, berkata kematian itu mengejutkan kerana kawasan tersebut tidak diklasifikasikan sebagai tempat serangan denggi.



Beliau juga berkata tiada kes denggi dilaporkan di kawasan itu dalam tempoh lima tahun lalu.



Beliau berkata mereka mungkin dijangkiti di tempat lain.



Adik-beradik itu kini di bawah jagaan bapa saudara mereka, Abdul Latif Johor, 58 tahun. - STAR THE/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >