Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jakarta bandar terbesar dunia dengan hampir 42j penduduk

Dec 2, 2025 | 1:50 PM
jakarta, sesak
Jakarta yang sesak dengan kenderaan, kini merupakan bandar terbesar di dunia dengan penduduk mencecah 41.9 juta orang. - Foto ST

JAKARTA: Satu laporan baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati ibu negara Indonesia, Jakarta, merupakan bandar terbesar di dunia dengan 41.9 juta penduduk, diikuti Dhaka di Bangladesh, yang mempunyai 36.6 juta penduduk.

Sebuah bandar pesisir pantai rendah yang terletak di barat pulau Jawa yang padat penduduknya, Jakarta meningkat daripada tempat kedua untuk menggantikan Tokyo, yang telah dinamakan sebagai bandar terbesar di dunia dalam penilaian terbaru PBB yang diterbitkan pada 2000.

Populasi ibu kota Jepun yang agak stabil iaitu 33.4 juta, menyaksikan ia jatuh ke tempat ketiga di belakang ibu kota Bangladesh yang padat penduduknya, Dhaka, yang melonjak ke tempat kedua dari tempat kesembilan dan kini diunjurkan menjadi bandar terbesar di dunia menjelang 2050.

Laporan Prospek Perbandaran Dunia 2025 daripada Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB juga mendapati bahawa bilangan bandar mega – kawasan bandar dengan lebih daripada 10 juta penduduk – telah meningkat kepada 33, empat kali ganda lebih banyak daripada lapan bandar mega yang wujud di seluruh dunia pada 1975.

Asia menempatkan 19 daripada 33 bandar mega di dunia, dan sembilan daripada 10 teratas.

Bandar Asia lain dalam 10 teratas ialah: New Delhi, India (30.2 juta); Shanghai, China (29.6 juta); Guangzhou, China (27.6 juta), Manila, Filipina (24.7 juta); Kolkata, India (22.5 juta); dan Seoul, Korea Selatan (22.5 juta).

Kahirah di Mesir (32 juta) merupakan satu-satunya bandar dalam 10 teratas di luar Asia.

Sao Paulo di Brazil (18.9 juta), merupakan bandar terbesar di benua Amerika, manakala Lagos di Nigeria adalah bandar terbesar di Afrika.

Menurut laporan itu, Jakarta menghadapi masalah peningkatan paras laut.

Dianggarkan sehingga satu perempat daripada bandar itu mungkin ditenggelami air menjelang 2050.

Masalahnya begitu serius sehingga pemerintah Indonesia sedang membangunkan ibu kota baru, Nusantara, di wilayah Kalimantan Timur.

Namun, PBB menganggarkan 10 juta lagi orang akan tinggal di Jakarta menjelang 2050.

Penduduk bandar yang semakin meningkat berdepan dengan kebimbangan mengenai ketidaksamaan dan kemampuan, yang menyaksikan beribu-ribu orang turun ke jalanan di bandar Indonesia awal 2025, mencerminkan peningkatan kemarahan terhadap keadaan pekerja berpendapatan rendah, termasuk penunggang motosikal berasaskan aplikasi dan penghantar barang. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg