Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta catat 200 kes Covid-19 setiap hari dalam seminggu

Dec 18, 2023 | 01:18 PM



JAKARTA: Perkhidmatan Kesihatan Jakarta merekodkan 200 kes positif Covid-19 setiap hari, di ibu kota Indonesia itu minggu ini.


“Hampir 90 peratus kes positif Covid-19 di Jakarta, terdiri daripada pesakit tanpa gejala dan simptom ringan, di mana pesakit boleh pulih dalam tempoh tiga hingga lima hari, setelah pengasingan diri di rumah,” kata ketua Jabatan Pengawasan Epidemiologi dan Imunisasi, Perkhidmatan Kesihatan Jakarta, Dr Ngabila Salama, pada 17 Disember.

Walaupun kes aktif, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital menunjukkan Covid-19 terkawal di Jakarta.

“Keadaan masih terkawal. Kadar penghunian hospital adalah sekitar 5 peratus daripada jumlah katil yang disediakan, atau sekitar 50 hingga 60 pesakit yang sedang dirawat di hospital (10 peratus kes aktif positif di Jakarta),” katanya, dipetik agensi berita Antara.


Dr Ngabila mengingatkan orang ramai supaya melengkapkan suntikan Covid-19, memandangkan penyakit itu muncul semula.

Sehingga 17 Disember, dos pertama vaksinasi Covid-19 di Jakarta telah diberi kepada 12,592,988 orang (134.2 peratus daripada jumlah sasaran); diikuti 10,955,959 orang (116.77 peratus) untuk dos kedua; dos ketiga sebanyak 5,546,155 orang (74.99 peratus) dan dos keempat dengan 724,553 orang (9.8 peratus), manakala dos kelima telah diberi kepada 52 orang.

Vaksin yang kini boleh didapati di pusat kesihatan daerah Jakarta, Hospital Tarakan, dan Dewan Bandaraya Jakarta, ialah vaksin Inavac.

Dr Ngabila memaklumkan, vaksinasi disediakan di Hospital Daerah Tarakan dari Isnin hingga Sabtu antara 8 pagi dengan 12 tengah hari waktu tempatan; di klinik Dewan Bandaraya Jakarta pada Isnin hingga Jumaat pada 1 petang hingga 4 petang waktu tempatan dan semua pusat kesihatan daerah pada waktu bekerja.

Orang ramai yang ingin mendapatkan vaksin, boleh datang terus ke lokasi tanpa pendaftaran terlebih dahulu, tambahnya.

“Semua jenama vaksin boleh digunakan untuk dos satu, dua, tiga, empat atau lima tanpa melihat jenama daripada suntikan sebelumnya,” tegas beliau.

Beliau berkata semua perkhidmatan vaksinasi, bersedia menyediakan dos kelima vaksin Covid-19 secara percuma, untuk semua penduduk Indonesia berumur 18 tahun ke atas, menurut surat edaran Kementerian Kesihatan Indonesia, pada 15 Disember.

“Fokus pemerintah sekarang adalah melindungi kumpulan yang terdedah, dengan melengkapkan lima dos vaksinasi dan pengesanan awal,” katanya.

Perkhidmatan Kesihatan Jakarta menyatakan tempoh peralihan daripada musim kemarau kepada musim hujan, adalah antara punca peningkatan kes Covid-19 selain dua faktor lain.

“Ada tiga faktor iaitu, perubahan musim yang mengurangkan imuniti seseorang akibat kelembapan,” jelas Dr Ngabila.

Faktor kedua adalah berkaitan dengan imuniti tubuh manusia itu sendiri.

Dr Ngabila nenyatakan bahawa paras antibodi Covid-19 mula berkurang, enam bulan selepas vaksinasi Covid-19.

Faktor ketiga ialah kehadiran unsur penularan virus atau varian baru.

Bagaimanapun, walaupun virus itu menular dengan cepat, gejalanya tidak sepatutnya lebih teruk, kata beliau.

Kementerian Kesihatan juga telah meningkatkan penjagaan di pintu masuk negara bagi mencegah peningkatan wabak.

Ini termasuk menyediakan ujian saringan Covid-19 dan pemeriksaan suhu badan.

“Langkah ini dilaksanakan berikutan peningkatan pergerakan rakyat menjelang cuti Hari Krismas 2023 dan sambutan Tahun Baru 2024 yang berpotensi menyebabkan lonjakan kes,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >