Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta kutuk serangan Israel ke atas Hospital Indonesia di Gaza

Nov 21, 2023 | 12:19 PM



BEIJING: Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, “mengutuk sekeras-kerasnya” serangan kereta kebal Israel terhadap Hospital Indonesia di Gaza pada 20 November, yang mengakibatkan 12 orang awam terbunuh.


“Serangan ini adalah pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Semua negara, terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, mesti menggunakan semua pengaruh dan kemampuan mereka untuk mendesak Israel menghentikan kekejamannya,” ujar Cik Retno dari Beijing.

Beliau berada di Beijng bersama-sama menteri-menteri negara Arab dan Islam – Arab Saudi, Jordan, Mesir, Palestin dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) – yang mengadakan pertemuan dengan diplomat tertinggi China, Encik Wang Yi, yang menggesa peperangan dihentikan dan gencatan senjata diisytiharkan di Gaza

Cik Retno turut memberitahu bahawa kementeriannya telah kehilangan hubungan dengan tiga sukarelawan Indonesia yang bertugas di hospital tersebut menyusuli serangan itu.

Kementerian, katanya, sedang berhubung dengan pihak berkaitan, termasuk Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRW) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk memantau kemudahan kesihatan dan memastikan keselamatan sukarelawan.

Ketua WHO, Dr Tedros Ghebreyesus, turut menzahirkan rasa “terkejut” terhadap serangan ke atas Hospital Indonesia di Gaza yang menurutnya, turut mengorbankan pesakit.

“Para pekerja kesihatan dan orang awam tidak seharusnya terdedah kepada kekejaman seperti ini, dan terutama sekali ketika berada di dalam hospital,” kata Dr Tedros melalui platform media sosial, X.


Pada Isnin, kereta kebal Israel mengepung Hospital Indonesia di Gaza, selepas serangan berterusan sejak awal hari sehingga menyebabkan beberapa orang terbunuh.

Pentadbiran kendalian Hamas sebelum ini melaporkan puluhan kereta kebal dan kenderaan berperisai dikerahkan ke sekitar pinggir hospital dan menembak ke arah kemudahan itu.

Pengendali hospital Indonesia di Gaza sebelum ini menafikan tuduhan tentera Israel bahawa kemudahannya telah digunakan oleh Hamas untuk melancarkan serangan.

Tentera Israel mendakwa Hamas menggunakan hospital, termasuk hospital utama Gaza Al-Shifa, Hospital Sheikh Hamad yang dibiayai Qatar dan hospital yang dibina oleh kumpulan dari Indonesia, sebagai perlindungan untuk operasi bawah tanahnya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Encik Ashraf al-Qudra, berkata keadaan di Hospital Indonesia kini seperti dilanda “malapetaka”. Tindakan tentera Israel memperhebatkan serangan mereka menyebabkan krisis kemanusiaan bertambah buruk di Gaza terutama Hospital Indonesia yang masih menerima banyak pesakit.

Terdapat kira-kira 700 orang, termasuk kakitangan perubatan dan mangsa yang cedera, masih berada di dalam hospital itu.

Menteri Luar Palestin, Encik Riyad al-Maliki, berkata Israel berusaha menamatkan riwayat rakyat Palestin di tanah mereka dan melenyapkan mereka sama sekali. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang kemuncak diplomat dari negara Arab dan Islam, di Beijing, China. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >