Jakarta laksana suntikan Covid-19 berbayar mulai 1 Jan 2024

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jakarta laksana suntikan Covid-19 berbayar mulai 1 Jan 2024

Dec 29, 2023 | 5:58 PM

Jakarta laksana suntikan Covid-19 berbayar mulai 1 Jan 2024

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TIDAK LAGI PERCUMA: Seorang lelaki menerima vaksin penggalak koronavirus Inavac Covid-19 untuk pekerja lapangan terbang di Lapangan Terbang Ngurah Rai dekat Denpasar di pulau peranginan Bali pada 29 Disember sedang Ketua Perkhidmatan Kesihatan wilayah Jakarta, Cik Ani Ruspitawati, berkata vaksin Covid-19 berbayar akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2024.
TIDAK LAGI PERCUMA: Seorang lelaki menerima vaksin penggalak koronavirus Inavac Covid-19 untuk pekerja lapangan terbang di Lapangan Terbang Ngurah Rai dekat Denpasar di pulau peranginan Bali pada 29 Disember sedang Ketua Perkhidmatan Kesihatan wilayah Jakarta, Cik Ani Ruspitawati, berkata vaksin Covid-19 berbayar akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2024. - Foto AFP

JAKARTA: Perkhidmatan Kesihatan Jakarta akan melaksanakan vaksinasi Covid-19 berbayar mulai 1 Januari 2024 dan mengingatkan orang ramai supaya segera melengkapkan vaksinasi di perkhidmatan kesihatan terdekat, sementara masih percuma, lapor agensi berita Antara.

“Mulai 1 Januari 2024, orang ramai wajib membayar bagi vaksin Covid-19,” kata Ketua Perkhidmatan Kesihatan Jakarta, Cik Ani Ruspitawati, pada 28 Disember.

Beliau berkata vaksin Covid-19 berbayar itu terpakai untuk semua dos vaksin.

Bagaimanapun, warga emas dan kumpulan yang terdedah masih akan menerima vaksin Covid-19 percuma.

Cik Ruspitawati masih belum memperincikan kos yang akan dikenakan bagi setiap dos vaksin.

Pihaknya masih menunggu mekanisme perkhidmatan dan teknikal daripada Kementerian Kesihatan negara itu.

“Mungkin ia akan disalurkan kepada orang ramai melalui mekanisme perkhidmatan biasa seperti vaksin berbayar lain. Bagaimanapun, kita masih perlu menunggu peraturan kementerian,” katanya.

Sehingga akhir 2023, beliau mengesahkan bahawa semua vaksin Covid-19 masih percuma dan boleh didapati di semua pusat kesihatan daerah di Jakarta.

Pemerintah wilayah Jakarta turut mengingatkan orang ramai supaya melengkapkan vaksinasi Covid-19, memakai pelitup serta menjaga kesihatan bagi mencegah penularan virus di tengah-tengah tempoh cuti Tahun Baru.

Selain itu, Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai agar terus memakai pelitup dan mengamalkan gaya hidup bersih dan sihat bagi mengelak potensi lonjakan kes Covid-19, terutamanya dalam kalangan warga emas dan orang yang tidak divaksin.

Terdahulu, Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo mengingatkan orang ramai bahawa rawatan pesakit Covid-19 tidak lagi dilindungi oleh pemerintah memandangkan status penyakit itu telah bertukar daripada pandemik kepada endemik.

“Jika anda dijangkiti Covid-19 semasa endemik, anda perlu membayar untuk rawatan,” katanya di Bogor, Jawa Barat, pada Jun.

Pada kesempatan yang sama, Encik Jokowi menyatakan bahawa pengendalian Covid-19 adalah tugas paling sukar yang dihadapinya semasa pentadbiran beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg