Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Jakarta terima ‘lawatan tidak rasmi’ wakil Taliban

Jul 26, 2023 | 02:56 PM



JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia mengumumkan bahawa wakil pemerintah Taliban Afghanistan telah melawat Indonesia pada awal Julai dalam sebuah kunjungan yang tidak rasmi.


Sementara itu, Kabul juga telah mengesahkan bahawa wakil Taliban telah berjumpa dengan ahli politik di Indonesia, sebuah negara yang dikenali sebagai negara dengan jumlah penduduk Islam terbesar di dunia.

Pentadbiran Taliban yang mengambil alih kuasa pada Ogos 2021 sedang cuba mendapatkan pengiktirafan pemerintahannya di seluruh dunia Islam, termasuk menyantuni Indonesia untuk meningkatkan hubungan politik dan ekonomi.

Tetapi, Indonesia tidak mengiktiraf kesahihan pemerintah Taliban Afghanistan sejak ia meneruskan pemerintahan dua dekadnya  selepas tentera pimpinan Amerika Syarikat  menggulingkan rejim mereka.

“Pemahaman saya ialah mereka berada di Jakarta secara tidak rasmi untuk urusan dalaman dengan misi Afghanistan di sini,” kata jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Encik Teuku Faizasyah kepada AFP.

Beliau berkata lawatan itu tidak boleh disifatkan sebagai delegasi, kerana ia boleh membayangkan “semacam rasmi”.

Tetapi, timbalan jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Encik Hafiz Zia Ahmad, menulis dalam tweet pada 14 Julai bahawa salah seorang diplomat tertinggi pemerintahnya mengetuai “delegasi” ke Indonesia.

“Delegasi itu mengadakan pertemuan dan perbincangan yang berguna dengan beberapa ulama, ahli politik dan ahli perniagaan di Indonesia untuk mengukuhkan hubungan politik dan ekonomi dua hala,” kata beliau.

Pegawai itu tidak mendedahkan ahli politik Indonesia yang bertemu dengan perwakilan  Afghanistan.

Encik Faizasyah berkata, tiada mesyuarat rasmi antara pegawai pemerintah Afghanistan dengan Indonesia.

Hubungan antara dua negara majoriti Islam itu telah lama berasaskan perpaduan agama dan pada 2018 Presiden Indonesia Joko Widodo melawat rakan sejawatannya dari Afghanistan, Encik Ashraf Ghani, pemimpin yang melarikan diri ketika Taliban menguasai Kabul.

Encik Ahmad, dalam tweetnya, berkata wakil Afghanistan juga bertemu diplomat dari Sri Lanka, Bangladesh dan Singapura semasa berada di ibu negara Indonesia.

Pemerintah Taliban tidak diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana negara atau badan dunia, dan hanya segelintir negara yang mempunyai wakil di Afghanistan.

Jakarta membuka semula kedutaannya di Kabul pada 2022, selepas ditutup berikutan pengambilalihan Taliban.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa Taliban telah menutup salon kecantikan wanita dan melakukan sekurang-kurangnya dua hukuman mati terhadap orang awam ketika mereka bergerak untuk melaksanakan sepenuhnya semua aspek tafsiran undang-undang syariah mereka.

Laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun oleh pelapor khas Afghanistan, Encik Richard Bennett berkata pemerintah negara itu mungkin “bertanggungjawab terhadap apartheid jantina”, memburukkan lagi nasib wanita dan gadis di bawah versi undang-undangnya yang ketat. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >