Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan wartawan Afghan masih terkandas di Pakistan

Jul 09, 2023 | 02:58 PM



ISLAMABAD: Ratusan wartawan Afghanistan melarikan diri ke Pakistan pada 2021, terdesak untuk membebaskan diri mereka dari pemerintahan Taleban dengan harapan masa depan lebih terjamin.


Bagaimanapun, dua tahun kemudian, ramai yang mengatakan mereka terjerat dalam keadaan penuh ketidakpastian sebab perlu menunggu visa ke negara yang pernah menggajikan mereka sebelum ini di samping menghadapi gangguan rutin dan sikap acuh tak acuh polis.

Pengunduran tentera diketuai Amerika Syarikat dan pengambilalihan Taleban ke atas Afghanistan mencetuskan penghijrahan sekurang-kurangnya 600,000 warga Afghanistan ke negara jiran Pakistan dengan kebanyakannya menyeberangi melalui laluan darat atas harapan atau janji mereka ditempatkan semula ke kawasan Barat.

Data Forum Antarabangsa Wartawan Pakistan-Afghanistan menunjukkan bahawa antara mereka yang melarikan diri termasuk sekurang-kurangnya 650 pekerja media yang takut dianiaya dengan pentadbiran baru negara mereka bertindak keras terhadap pihak media.

Mereka yang pernah bekerja untuk pertubuhan Barat semasa kempen ketenteraan pimpinan Amerika selama 20 tahun menentang Taleban yakin mereka masih diambil bekerja kerana kepimpinan yang disokong Washington di Kabul tumbang pada Ogos 2001.

Sekitar 400 wartawan berjaya berpindah ke negara yang berbeza, termasuk Amerika, Jerman dan Perancis, tetapi selebihnya tersekat dengan dokumen perjalanan mereka tamat tempoh.

“Baki 250 wartawan masih berada di Pakistan dan bersusah payah untuk mendapatkan visa Amerika dan negara Eropah yang berbeza untuk perjalanan seterusnya dari Pakistan,” kata Encik Hashmat Vejdani, jurucakap forum wartawan Afghanistan, kepada laman Arab News pada Khamis.


Amerika secara khusus berjanji kepada semua wartawan yang bekerja dengan mereka semasa perang untuk mengeluarkan visa kepada mereka dalam tempoh 18 bulan.

Permohonan hampir kesemua daripada wartawan ini sedang dalam proses di kedutaan (masing-masing).

Encik Vejdani berkata forum itu telah membangkitkan isu kelewatan dengan misi diplomatik Barat di Islamabad dengan wartawan setiap kali diminta bersabar semasa permohonan sedang diproses.

Tetapi kesabaran bukanlah mudah bagi wartawan seperti Encik Tahir Sadid yang memasuki Pakistan lebih setahun lalu.

Visanya tamat pada Mac dan pada Jun, beliau ditahan polis di Islamabad, hanya untuk dibebaskan dengan jaminan peribadi.

Encik Tahir berkata beliau tidak mempunyai pilihan apabila meninggalkan Afghanistan dan selama setahun telah bertahan dengan bantuan kewangan daripada rakan-rakan di Eropah kerana permohonan visanya sedang menunggu bukan sahaja dengan Pakistan tetapi juga pihak berkuasa Jerman.

“Saya telah memohon lanjutan visa, tetapi masih menunggu maklum balas daripada pemerintah Pakistan. Ibu bapa saya berpuas hati bahawa saya selamat di Pakistan, tetapi pegawai keselamatan telah mula menyasarkan kami di sini juga. Mereka berada dalam keadaan huru-hara di sana manakala saya bergelut di sini untuk mendapatkan visa ke Jerman,” katanya.

Penganiayaan yang ditakuti berlaku di rumahnya kini menjadi kenyataan melanda tempat beliau mencari keselamatan.

“Polis tempatan melayan kami seperti pendatang tanpa izin ke Pakistan dan mengganggu kami untuk memeras wang. Kami melarikan diri dari Afghanistan dengan mempertaruhkan nyawa kami dengan harapan kami selamat di Pakistan, tetapi polis di sini telah mengganggu dan menakut-nakutkan kami,” katanya.

Jurucakap Polis Islamabad pula menafikan kekerasan yang dilakukan ke atas wartawan. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)  pula hanya dapat menghulur simpati sejajar dengan penyata nasihatnya yang mendesak agar langkah memaksa warga Afghanistan kembali ke negara mereka dihentikan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >