Jalan raya Thailand paling sesak di dunia: Tinjauan

JALAN raya Thailand adalah yang paling sesak di dunia, menurut satu kajian baru keadaan lalu lintas di 38 negara seluruh dunia.

Ia mendapati pemandu purata tertinggi masa yang dihabiskan dalam dalam kesesakan ialah 61 jam di Thailand pada tahun lepas, diikuti Colombia dan Indonesia (47 jam), dan Russia dan Amerika Syarikat (42 jam).

Kajian The Global Traffic Scorecard yang dijalankan oleh firma analisis pengangkutan berpangkalan di Amerika Syarikat Inrix, juga menunjukkan Los Angeles mendahului senarai bandar paling sesak dengan kenderaan di dunia. Pemandu menghabiskan 104 jam pada tahun lepas dalam kesesakan lalu lintas pada waktu sibuk.

Lima daripada 10 bandar dengan lalul lintas amat di dunia adalah di Amerika Syarikat.

Tinjauan itu menunjukkan pemandu di Singapura menghabiskan purata 10.5 jam terperangkap dalam kesesakan tahun lepas.

Bangkok sementara itu menduduki tangga ke-12 secara keseluruhan dari segi bandar paling sesak di dunia, dengan pemandu menghabiskan purata 64.1 jam terperangkap dalam lalu lintas pada tahun lepas. Trafik nampaknya semakin teruk di bandar - berada di kedudukan ke-30 pada 2015.

Pakar menyalahkan kereta persendirian yang menyebabkan kesesakan di Bangkok, terutama selepas jualan melonjak pada 2011 berikutan keringanan cukai bagi pembeli kali pertama oleh kerajaan di bawah Perdana Menteri ketika itu, Cik Yingluck Shinawatra.

Menurut statistik Kementerian Pengangkutan, jualan kereta baru pada 2011 berjumlah tiga juta. Tetapi jualan kereta telah semakin merosot sepanjang empat tahun lepas ekoran permintaan yang lemah, berjumlah 2.69 juta pada 2016.

Industri auto menjangka jualan tahun ini bertambah kerana berakhirnya skim insentif cukai lima tahun, membolehkan pemilik kereta menjual kereta lama dan membeli yang baru.

Selain jumlah kenderaan, kemalangan, banjir serta tabiat memandu buruk rakyat Thailand telah dipetik sebagai punca kesesakan jalan.

Dr Vallop Suwandee, ketua penasihat gabenor Bangkok, berkata kaji selidik Inrix tidak menyatakan kriteria jelas.

"Kaji selidik itu tidak mencerminkan senario yang ada," katanya kepada The Straits Times melalui telefon. "Berdasarkan pengalaman peribadi saya dan pendapat tetamu luar, keadaan Bangkok sebenarnya lebih baik berbanding lima atau 10 tahun lalu."

Beliau berkata kerajaan telah membuat pelaburan besar dalam projek-projek pengangkutan awam dan lebuh bangunan dan lebuh raya.

Di tempat lain di Asia, Jakarta adalah antara bandar dengan kesesakan lalu lintas paling teruk. Ia menduduki tangga ke-22 dalam kaji selidik itu.

Inrix, bagaimanapun, tidak menyertakan bandar lain yang juga terkenal dengan kesesakan lalu lintas seperti Manila, Mumbai dan Saigon.

Ia berkata ia membuat analisis data daripada 300 juta kereta dan peranti yang menggunakan perkhidmatan trafik berasaskan Inrix.