Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Jam tangan menipu' buat guru di Britain bimbang

Mar 04, 2016 | 11:21 AM



'JAM tangan menipu' telah mula muncul dalam bilik darjah di Britain, mencetuskan kebimbangan para guru ia boleh memberi pelajar kelebihan tidak adil dalam peperiksaan.

Menurut BBC, jam tangan itu, yang kelihatan sederhana dan boleh didapati dengan mudah dalam talian, boleh menyembunyikan data atau maklumat yang boleh dibaca ketika peperiksaan sehingga sebanyak 8GB.

Ia juga mempunyai 'butang kecemasan' yang membolehkan pengguna dengan cepat menukar muka jam tangan itu daripada teks tersembunyi kepada jam digital biasa.

Pelajar boleh tergoda untuk menipu menggunakan jam tangan itu, kata timbalan ketua di Sekolah Tinggi Monkton Combe di Bath, Encik Joe Sidders, yang memberi amaran tentang skala "pasaran tersembunyi" ini.

Beliau juga menimbulkan kebimbangan jika jam tangan itu diedar luas ia akan menimbulkan persoalan mengenai kesahihan keputusan, lapor BBC.

Satu carian cepat di Internet menunjukkan sekurang-kurangnya lima 'jam tangan menipu' sedang dijual di Amazon, dan dua di eBay, semua berharga kurang $100.

Salah satu daripada jam tangan itu digambarkan sebagai "yang direka khusus untuk menipu dalam peperiksaan dengan perisian yang diprogramkan khas", menurut penjualnya.

Pengguna boleh memuat naik pelbagai jenis fail ke alat tersebut, termasuk foto, muzik dan video, dan ia juga menyokong sehingga 27 bahasa.

Jam tangan itu mendapat ulasan bercampur-campur, dengan ada mendakwa kebanyakan orang berasa ia kelihatan seperti iWatch, dan yang lain berkata ia boleh digunakan walaupun di barisan depan semasa peperiksaan.

Menurut akhbar Mirror, Majlis Bersama bagi Kelayakan Britain berkata: "Calon didapati memiliki sembarang alat untuk menipu - seperti jam tangan ini - akan dilaporkan kepada pertubuhan penganugerah yang peperiksaannya terjejas.

"Ini boleh menyebabkan pelajar dibatalkan daripada peperiksaan dan keseluruhan kelayakan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >