Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jambatan penting di Crimea rosak akibat serangan

Oct 10, 2022 | 05:30 AM



KYIV (Ukraine): Dua bahagian satu-satunya jambatan yang menghubungkan Semenanjung Crimea yang diduduki Russia telah dijilat sebuah bola api kelmarin.



Letupan dan kebakaran itu menjejas bekalan paling penting untuk tentera Russia yang bertempur di selatan Ukraine.



Kejadian itu turut memberi tamparan memalukan kepada Kremlin, yang menghadapi kerugian berterusan di medan perang dan kritikan yang memuncak di tanah air sendiri.



Letupan tersebut menyebabkan sebahagian daripada jambatan di Selat Kerch sepanjang 12 batu itu jatuh ke laut dan mengorbankan sekurangkurangnya tiga orang, menurut pihak berkuasa Russia, yang berkata bom trak Ukraine telah menyebabkan letupan itu.



Pemerintah Ukraine, yang memuji kerosakan itu secara terbuka tidak mengaku bertanggungjawab terhadap letupan tersebut.



Seorang pegawai kanan Ukraine, yang bercakap dengan syarat tidak namanya disiarkan kerana larangan terhadap pegawai membincangkan perkara itu, berkata bahawa perkhidmatan perisikan Ukraine telah mengatur serangan tersebut.



Menurutnya, serangan itu melibatkan bom yang dimuatkan ke atas sebuah trak yang melintasi jambatan tersebut.



Tidak jelas sama ada pemandu trak, yang disyaki antara yang terkorban dalam kejadian itu, menyedari terdapat bahan letupan dalam kenderaan yang dipandunya.



Dalam video yang dirakam oleh kamera pengawasan di atas jambatan, bola api yang besar dilihat terpancar dalam kejadian itu.



Bagi Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, yang mempengerusikan pembukaan jambatan itu pada 2018, letupan tersebut merupakan penghinaan yang sangat peribadi, menekankan kesukarannya dalam menghadapi kejayaan Ukraine yang berterusan.



Tahap kerosakan sepenuhnya tidak diketahui dengan serta-merta. Jambatan itu menempatkan laluan kereta api dan kereta.



Pada petang kelmarin, bahagian landasan kereta api jambatan itu telah menjalani pembaikan dan sebuah kereta api dengan 15 gerabak telah berjaya melintasi laluan itu, menurut agensi berita Tass.



Bagaimanapun, pemimpin Crimea, Encik Sergei Aksyonov, dalam satu pos di Telegram, berkata laluan kereta telah disambung semula di bahagian jambatan yang tidak rosak.



Dalam pada itu, pegawai Russia dan penulis blog tentera berpendirian tegar menyeru tindakan membalas dendam dilancarkan.



Seorang anggota Parlimen Crimea memberi amaran bahawa sebarang tindak balas yang kurang daripada tahap "sangat keras" akan menunjukkan kelemahan.



Sebarang halangan serius kepada lalu lintas di jambatan itu boleh memberi kesan yang mendalam terhadap keupayaan Russia meneruskan perang di selatan Ukraine, di mana tentera Ukraine telah melancarkan serangan balas yang semakin berkesan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >