Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jangan khianat amanah jaga kepentingan Bumiputera: Anwar

Oct 18, 2023 | 03:55 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan Bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.


Beliau berkata ini kerana kerajaan pernah berdepan ‘pengalaman buruk’ kerana terpaksa memberi suntikan tambahan kepada syarikat berkaitan akibat tadbir urus yang lemah bagi menyelamatkan pegangan Bumiputera.

“Satu pihak pengurusannya itu amat bobrok, sehingga merosakkan dan merugikan. Pengalaman ini menyakitkan, kerana kita lihat umpamanya Felda memerlukan suntikan RM8.3 bilion ($2.39 bilion) kerana pengurusan dan tata kelola lemah.

“Kita ada lagi yang melibatkan syarikat yang memerlukan suntikan RM2.7 bilion daripada kerajaan untuk menyelamatkan daripada terlepas daripada tangan Bumiputera,” katanya pada Majlis Pelancaran Unit Tambahan Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di Kuala Lumpur pada Selasa, lapor Sinar Harian.


Pada majlis itu, Datuk Anwar meluncurkan satu bilion unit tambahan skim AHB, sekali gus melonjakkan saiz keseluruhan kepada lima bilion unit. 

Perdana Menteri berkata keadaan sama turut berlaku kepada Tabung Haji sebelum ini, yang berdepan masalah kerugian aset walaupun kini pengurusannya bertambah baik.

Datuk Anwar berkata beliau tidak boleh mengizinkan perkara seumpama itu berlaku lagi dalam pentadbirannya kerana ia hanya menyebabkan pembaziran kewangan kerajaan.

“Pengurusan profesional harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya, sekiranya terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berlaku dan tindakan keras akan diambil terhadap mereka kerana ini bukan hanya mengkhianati amanah biasa, tetapi mengkhianati amanah yang sangat diharapkan oleh Bumiputera,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Anwar mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Tan Sri Ahmad Nizam Salleh, serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Encik Mohamad Damshal Awang Damit, kerana pengurusan yang membanggakan.

Beliau berkata PHB bukan saja dapat mempertahankan keuntungan, malah memberi bimbingan kepada Bumiputera untuk menguruskan pelaburan dengan berhemah.

“Tentunya nilai integriti kita boleh tunjuk bahawa kita perlukan sedikit bimbingan di peringkat awal dan kemudian kami dapat uruskan dengan sebaik mungkin dengan amanah dan tidak ada kecurangan berlaku dan seterusnya jadi contoh dan teladan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >