Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jangkaan tiada kejutan pilihan raya Mesir yang dibayangi perang Gaza

Encik Abdel Fattah el-Sisi berkemungkinan dipilih semula bagi penggal ketiga, walaupun Mesir menghadapi krisis ekonomi yang teruk.
Dec 11, 2023 | 02:32 PM



KAHERAH (Mesir): Rakyat Mesir keluar mengundi dalam pilihan raya presiden yang dibayangi perang Gaza di negara jiran dan masalah ekonomi dengan penyandangnya, Encik Abdel Fattah el-Sisi, berkemungkinan dipilih semula buat penggal ketiga.


Undian dibuka pada 9 pagi pada Ahad, 10 Disember 2023, dengan berpuluh-puluh pengundi beratur di hadapan pusat mengundi di Kaherah di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat.

Pengundian akan berlangsung sehingga Selasa, 12 Disember, antara 9 pagi dan 9 malam setiap hari dan keputusan rasmi akan diumumkan pada 18 Disember, 2023, lapor Aljazeera.


Kira-kira 67 juta warga layak mengundi dan perhatian akan tertumpu pada peratusan yang keluar mengundi kerana pada beberapa pilihan raya sebelumnya bilangan yang keluar mengundi dilaporkan amat rendah.

Kemenangan akan memberi Encik El-Sisi tempoh enam tahun lagi dengan keutamaan segera bagi mengatasi kadar inflasi yang hampir mencatat rekod, menguruskan kekurangan mata wang asing yang kronik serta menghalang limpahan konflik Israel-Palestin di Gaza.

Penganalisis berkata, ekonomi menjadi pertimbangan utama pengundi dalam pilihan raya kali ini dengan negara itu kini dicengkam krisis kewangan paling teruk dalam sejarah baru-baru ini.

Inflasi telah berlegar hampir 40 peratus selepas mata wangnya, pound Mesir, kehilangan separuh nilainya sejak Mac.

Malah sebelum krisis sekarang, kira-kira dua pertiga daripada hampir 106 juta penduduk negara itu hidup dalam atau di bawah garis kemiskinan.

Di sebalik penderitaan Mesir, tindakan keras selama sedekad terhadap perbezaan pendapat telah menghapuskan sebarang penentangan serius terhadap Encik El-Sisi, presiden kelima yang muncul dari barisan tentera sejak 1952.

Di bawah pemerintahannya, Mesir telah memenjarakan beribu-ribu tahanan politik, dengan jawatankuasa pengampunan presiden telah membebaskan kira-kira 1,000 dalam satu tahun.

Kumpulan hak asasi manusia mengatakan bahawa tiga hingga empat kali lebih ramai yang ditangkap dalam tempoh yang sama.


Sementara itu, rakyat Mesir kurang memberi perhatian terhadap kempen pilihan raya yang berlaku sedang perang Israel ke atas Gaza masih berlarutan.

Tiga calon lain – semuanya agak tidak dikenali di kalangan orang ramai – adalah Encik Farid Zahran, ketua Parti Sosial Demokrat Mesir yang berhaluan kiri; Encik Abdel-Sanad Yamama, dari Wafd, sebuah parti yang sudah wujud seabad tetapi agak terpinggir; dan Encik Hazem Omar, daripada Parti Rakyat Republikan.

Encik El-Sisi, seorang pemimpin tentera Mesir yang telah bersara, berkuasa pada 2013 selepas mengetuai penggulingan presiden pertama yang dipilih secara demokrasi di negara itu, Encik Mohamed Morsi.

Encik Morsi, dari Ikhwanul Muslimin, telah diketepikan selepas rampasan kuasa 2013 itu.


Dalam pilihan raya pada 2014 dan 2018, Encik El-Sisi meraih kemenangan besar dengan lebih 96 peratus undi, menurut keputusan rasmi.

Encik El-Sisi kemudian melanjutkan mandat presiden daripada empat kepada enam tahun dan meminda perlembagaan untuk menaikkan had bagi penggal berikutnya.

Penyandang presiden itu mendapat banyak sokongan. Ramai daripada mereka memuji beliau dengan membantu mengembalikan ketenangan di negara itu, selepas berlaku kekacauan berikutan kebangkitan gerakan 2011 yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak.


Mulai 2016 dan seterusnya, Encik El-Sisi telah melakukan pelbagai pembaharuan ekonomi yang menyaksikan mata wang negara itu diturunkan nilainya dan bilangan penjawat awam juga dikurangkan.

Pembaharuan itu, ditambah dengan projek kos tinggi termasuk modal baru berbilion dolar bagaimanapun telah membawa kepada lonjakan harga, mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai, dan menjejaskan sokongan terhadap Encik El-Sisi di dalam dan luar negara.

Di bawah kendalian ekonomi beliau, hutang negara telah meningkat tiga kali ganda, manakala pelbagai projek mega – yang sering diketuai oleh tentera – telah gagal memenuhi faedah yang dijanjikan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >