Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

JB perlu LRT seperti Kuala Lumpur, S’pura

Oct 03, 2023 | 03:40 PM



JOHOR BAHRU: Rangkaian pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) perlu dibina di bandar Johor Bahru bagi menyokong projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang sedang dibangunkan ketika ini.


Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman, berkata apabila RTS siap kelak, dijangka seramai 10,000 pengguna akan menggunakan perkhidmatan itu setiap jam.

“Jadi terdapat keperluan mendesak untuk menambah baik pengangkutan awam bagi menyokong RTS yang akan menghubungkan bandar raya ini dengan Singapura.

“Ini penting supaya sistem rangkaian pengangkutan awam lebih cekap, sekali gus mengurangkan kesesakan terutama pada waktu sibuk” katanya dipetik Sinar Harian pada Selasa.


Menurut Datuk Noorazam, ketika ini Johor Bahru tiada rangkaian pengangkutan awam yang baik dan sudah tiba masanya bandar itu dilengkapi kemudahan LRT seperti di Kuala Lumpur dan Singapura.

“Mungkin sebelum pembinaan RTS kita tidak melihat keperluan itu, tetapi sekarang tidak lagi. Kalau kita lihat keadaan di bandar raya ini sesak dan padat dengan kemasukan kenderaan persendirian termasuk kereta dari luar,” katanya.

Datuk Noorazam percaya keperluan itu bukan sahaja di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), malah meliputi Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan juga Majlis Perbandaran Kulai (MPKU).

Beliau turut menzahirkan kebimbangan sekiranya sistem rangkaian pengangkutan awam di pusat bandar raya ini tidak ditambah baik segera, kesesakan yang berlaku akan kekal berterusan.

“Johor Bahru unik kerana ia bersempadan dengan Singapura, itu merupakan antara faktor kepada kesesakan jalan raya khususnya pada hujung minggu. Selain itu termasuklah pelbagai projek pembinaan yang sedang giat dilaksanakan.

“Namun begitu, MBJB akan berusaha untuk tambah baik perkhidmatan tempat letak kenderaan di lokasi bersesuaian selain turut menyediakan perkhidmatan ‘feeder bus’ bagi memudahkan pengguna,” katanya.

Sebelum ini Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh, dilapor berkata secara purata, kadar keluar masuk rakyat Malaysia dan Singapura dianggarkan 250,000 orang sehari di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang menempatkan kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) di Johor Bahru.

Ia dianggap satu jumlah yang besar terutama pada musim perayaan sehingga jumlah itu berganda dan menyebabkan kesesakan di kededua negara.

Berdasarkan rekod Imigresen di BSI, dari Januari sehingga Julai 2023, sudah ada pergerakan sebanyak 45.6 juta penumpang yang menunjukkan sibuknya pergerakan di sempadan.

Menurut Datuk Ruslin, dari segi purata keseluruhannya meliputi 19 juta adalah penumpang bas dan pejalan kaki, kereta (10 juta), motosikal (14 juta), kereta api (700,000) dan lori (600,000).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >