Topic followed successfully
Go to BHkuJemaah haji Iran tiba di Saudi meski hubungan Riyadh-Teheran tegang
Jemaah haji Iran tiba di Saudi meski hubungan Riyadh-Teheran tegang
30,000 anggota jemaah Iran dijangka tunai haji, dilihat sebagai isyarat penting dalam hubungan dua negara
Apr 29, 2026 | 11:44 AM
Jemaah haji Iran tiba di Saudi meski hubungan Riyadh-Teheran tegang
Jemaah haji Iran tiba di Madinah bagi menunaikan ibadah haji 2026, meskipun hubungan antara Riyadh dengan Teheran masih tegang akibat perang di Asia Barat. Kumpulan pertama seramai 260 anggota jemaah Iran tiba di Arab Saudi pada 27 April. - Foto IRNA
JEDDAH: Jemaah haji Iran mula tiba di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji musim 2026 dalam perkembangan yang dilihat penting ketika hubungan antara Riyadh dengan Teheran masih dibayangi ketegangan akibat perang di Timur Tengah.
Menurut laporan penyiar berpangkalan di Riyadh, Al Arabiya, Kementerian Haji Arab Saudi memaklumkan bahawa kumpulan pertama jemaah Iran tiba melalui udara untuk menyertai ibadah tahunan umat Islam itu.
Laporan berkaitan
Saudi mula terima ketibaan jemaah haji 2026Apr 20, 2026 | 10:07 AM
Indonesia mula penghantaran besar-besaran jemaah haji, lebih 221,000 dijadual berlepas Apr 21, 2026 | 11:55 AM

