JEDDAH: Jemaah Haji Iran mula tiba di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah Haji musim 2026 dalam perkembangan yang dilihat penting ketika hubungan antara Riyadh dan Teheran masih dibayangi ketegangan akibat perang di Timur Tengah.

Menurut laporan penyiar berpangkalan di Riyadh, Al Arabiya, Kementerian Haji Arab Saudi memaklumkan bahawa kumpulan pertama jemaah Iran tiba melalui udara untuk menyertai ibadah tahunan umat Islam itu.